Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRN Sabah: Kenyataan rasmi PM Muhyiddin selepas menang



KENYATAAN MEDIA TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang berlangsung hari ini.

Kemenangan ini menunjukkan keyakinan rakyat kepada parti-parti dalam GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah.

Saya mengucapkan tahniah kepada calon-calon GRS yang menang dalam pilihanraya ini. Inilah masanya untuk anda semua mencurah khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat dan membuktikan bahawa kita sebenar-benarnya adalah prihatin kepada rakyat.



Yang penting GRS yang akan membentuk Kerajaan Negeri Sabah mestilah berusaha sedaya upaya untuk menunaikan segala komitmen yang dinyatakan dalam Aku Janji GRS.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di negeri Sabah yang telah memilih calon-calon Gabungan Rakyat Sabah.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada semua petugas dan sukarelawan yang telah membantu berkempen untuk calon-calon GRS dalam pilihanraya ini.

BACA: Keputusan penuh PRN Sabah

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
Perdana Menteri
Merangkap Pengerusi Perikatan Nasional
26 September 2020