Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muka baru calon Warisan bernasib baik menang majoriti 10 undi kalahkan BN



KUALA LUMPUR – Majoriti 10 undi membuatkan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Rina Jainal memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan menewaskan calon wanita tunggal daripada Barisan Nasional (BN), Chaya Sulaiman.

Mengikut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Rina, 39, berjaya meraih 2,834 undi manakala Chaya yang lebih berpengalaman dalam politik mengutip 2,824 undi dalam pertarungan tujuh penjuru itu.

Ketua Wirawati Kalabakan itu menyertai politik sejak tiga tahun lalu bersama Warisan.



Bekas pelajar jurusan pengiklanan Universiti Teknologi MARA itu merupakan seorang usahawan dan aktif dalam kerja-kerja kebajikan melalui badan bukan kerajaan (NGO), Jalinan Sokongan Komuniti Keluarga di Kalabakan.

Kukusan merupakan antara 13 kerusi baharu yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini selepas persempadanan semula pilihan raya diluluskan pada tahun lepas.

Perbezaan 10 undi itu mungkin antara yang terkecil pernah dicatatkan dalam pilihan raya di Malaysia.

BACA: Keputusan penuh PRN Sabah

– MalaysiaGazette