Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib pesan pada Warisan, jangan hina BR1M dan golongan berpendapatan rendah di Sabah


SABAH: Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak meminta parti lawan (WARISAN) agar tidak menghina Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dikatakan “atuk” – gelaran kepada Tun. Dr Mahathir sebagai “Cash is King” untuk memancing undi kerana falsafah BN adalah untuk membantu golongan miskin, berpendapatan rendah dan B40.

Najib berucap demikian ketika program Walkabout bersama bossku di Kampung Logpond, Tanjung Batu Keramat, pada Ahad bersama calon BN DUN Tg Batu, Andi Muhamad Suryady Bandi dan calon DUN Kukusan, Chaya Sulaiman.



“Kita (BN) bukan utamakan orang kaya sebab mereka boleh belanja diri sendiri, tak perlu bantuan. Yang perlu bantuan kerajaan adalah golongan susah. Sebenarnya kita gunakan falsafah dengan mengenakan cukai GST kepada orang lebih kaya yang mempunyai kemampuan berbelanja.

“Apabila mereka beli barang, mereka akan membayar hasil (cukai) kepada kerajaan dan hasil inilah kita gunakan untuk membantu rakyat memerlukan… Rindu BR1M tak? Nak BR1M lagi?,” soalnya yang kemudian disambut sorakan “ya” oleh penduduk kampung.

-BNnewsonline