Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hentikan Projek Pan Borneo tanpa tol, Rakyat Sabah mesti hukum Warisan -Najib


UMNO juga parti orang Sabah kerana parti itu memahami citarasa rakyat negeri ini walaupun lahir di Semenanjung Malaysia, malah banyak bantuan Kerajaan Pusat diterima negeri itu.

Itulah yang ditegaskan pemimpin UMNO Datuk Seri Najib Razak ketika zaman beliau menjadi Perdana Menteri.

“Jangan main emosi, jangan kata (hanya) Parti Warisan Sabah (Warisan) (sebagai) parti orang Sabah, UMNO juga parti orang Sabah sebab kita memahami citarasa orang Sabah. (Ini) bukan soal siapa parti lahir di mana, (tetapi lihat) dasar parti yang menguntungkan rakyat Sabah,” katanya.



Jangan "kena botek"

Menurutnya, semasa zaman Barisan Nasional (BN), Kerajaan Pusat banyak membantu pembangunan bumi Sabah termasuk Projek Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol, malah ekonomi dan kesejahteraan rakyat jauh lebih baik berbanding pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan dan Warisan 27 bulan.

Namun, beliau mengakui cukup terkilan apabila projek Pan Borneo dibatalkan atau dilambat-lambatkan sedangkan pembangunan seperti itu adalah untuk kepentingan rakyat.

Oleh itu, katanya, rakyat Sabah mesti menghukum Warisan dalam Pilihanraya Negeri (PRN) pada 26 September depan dan tidak sesekali “kena botek” (kena tipu) dua kali seperti ibarat dipatuk dua kali oleh ular yang sama.



“Bukan sahaja Pan Borneo (dibatalkan/dilambat-lambatkan), projek membina berpuluh-puluh masjid di seluruh negara ini dibatalkan kerajaan PH… Ini lagi saya tidak boleh terima apabila (pembinaan) tempat ibadat dibatalkan, malah aset-aset negara dijual kepada orang Singapura, Jepun dan sebagainya.

“Kenapa aset milik rakyat Malaysia dijual kepada orang lain? Tabung Haji (TH) pun hampir musnah apabila hibahnya terjun paling rendah dalam sejarah sedangkan zaman BN semuanya jauh lebih baik seperti saham lebih tinggi, BR1M lebih tinggi dan pelbagai bantuan kebajikan rakyat diberikan,”katanya.

Najib berucap demikian ketika program Walkabout bersama bossku di Kampung Logpond, Tanjung Batu Keramat, pada Ahad bersama calon BN DUN Tg Batu, Andi Muhamad Suryady Bandi dan calon DUN Kukusan, Chaya Sulaiman.

-BNnewsonline