Isu sokong Anwar, PAS minta penjelasan Zahid



[Kenyataan Media PAS Pusat]
SOKONGAN PERDANA MENTERI - PAS MOHON PENJELASAN UMNO

1. PAS terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO terhadap YAB Perdana Menteri.

2. PAS merasakan jika benar keadaan ini, ianya bermakna UMNO telah tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019.

3. Sukacita diingatkan, Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatu-padukan umat Islam dalam negara, sekaligus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan yang diterajui PKR, DAP dan Amanah.



4. Justeru sekiranya peralihan ini benar, ianya boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina di atas permuafakatan BN, BERSATU, PAS, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH.

BACA: Senarai Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar sebagai PM ke-9

5. Sehubungan itu PAS berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada UMNO atas dasar rakan muafakat dalam MN, seterusnya mengajak UMNO untuk kembali menghayati hasrat dan iltizam yang telah disepakati secara bersama ini.

"Islam Memperkukuh Perpaduan"

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 7 Safar 1442 / 25 September 2020

Kenyataan Media PAS Pusat SOKONGAN PERDANA MENTERI - PAS MOHON PENJELASAN UMNO 1. PAS terpanggil untuk mendapatkan...
Posted by Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang on Thursday, 24 September 2020




Join our Telegram Channel
Telegram


Isu sokong Anwar, PAS minta penjelasan Zahid Isu sokong Anwar, PAS minta penjelasan Zahid Reviewed by Tun Carlos on September 25, 2020 Rating: 5

3 comments:

  1. zahid dah jadi lahanat sama macam anuar, madey, kit siang, guan eng, mat sabu, sapihi apdal, dan chin peng.

    ReplyDelete
  2. zahid memang penghianat dn tak bole dipercayai.. dia nk selamat kn diri dr kes2 yg dia hadapi

    ReplyDelete
  3. Tiada yg pelik....it is all about political survival.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.