Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nazri sokong Anwar jika membawa ke pembubaran parlimen



JUMAAT: 25 Sept. - Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Parlimen, tetapi jika hanya ia membawa kepada pilihan raya mengejut.

Timbul persoalan mengenai nasib kerajaan dipimpin Perikatan Nasional (PN) selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Ditambah pula pengakuan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, ada dalam kalangan Ahli Parlimennya dan Barisan Nasional menyokong Anwar dan parti itu tidak akan menghalang mereka berbuat demikian.



Tak terlibat dalam gerakan Anwar

Nazri juga menegaskan beliau tidak mengetahui tentang usaha Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan.

Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menjelaskan, kali terakhir beliau bertemu dengan Anwar ialah ketika sidang Dewan Rakyat yang berlangsung dari bulan Julai hingga Ogos lalu.

“Saya berada di Sabah selama lapan hari dan pada masa itu saya tidak berkesempatan berjumpa dengan Anwar.

“Kali penghabisan saya berjumpa Anwar ialah ketika Parlimen bersidang pada Julai lalu, jadi saya tidak tahu menahu tentang langkah terakhir ini.

“Mungkin dia (Anwar) dapat menghubungi ahli-ahli UMNO yang lain tetapi sudah tentu dengan saya tidak ada apa langsung urusan, jadi saya tidak tahu menahu tentang perkara ini,” katanya kepada Astro AWANI.



Sokong tindakan Zahid

Walaupun begitu, beliau menyokong tindakan Presiden UMNO Zahid Hamidi kerana tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Anwar.

“Saya menyokong pendirian Zahid untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar. Kerajaan hari ini adalah kerajaan MP (Ahli Parlimen),” katanya.

Nazri turut mengulangi kenyataan Zahid sebelum ini, UMNO tidak mahu menjadi sebahagian daripada PN dan hanya mahu bekerjasama dengan PAS.

“Zahid betul kerana ramai dalam UMNO tidak senang dengan Muhyiddin dan PPBM mengenai cara UMNO dilayan,” katanya.

Nazri menuduh PPBM melihat UMNO tidak relevan, dengan memberi contoh parti itu menamakan Ketua PPBM Sabah, Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri tanpa terlebih dahulu berunding dengan Zahid.




“Mereka senang-senang saja mengumumkan Hajiji calon tanpa berunding dengan kami. Mereka kata kami tak relevan, kami tak dominan. Okay, kita lihat apakah itu berlaku dalam pilihan raya?

“Jika menarik balik sokongan saya terhadap Muhyiddin bermakna pilihan raya akan diadakan, maka saya akan melakukannya,” kata veteran UMNO itu.

Beliau turut meminta supaya perubahan kerajaan dilakukan melalui proses sewajarnya di Dewan Rakyat dan bukan menghadap Yang di-Pertuan Agong. -FMT