Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Budak 9 tahun pandu kereta, Polis saman bapa


Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu kereta seperti tular di media sosial hari ini telah dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata saman berkenaan dikeluarkan berikutan tindakan membenarkan kenderaan lelaki berkenaan dipandu oleh pemandu bawah umur.

"Bertindak atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta dan kanak-kanak berkenaan. Siasatan awal mendapati kanak-kanak yang berusia sembilan tahun itu memandu kereta tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berusia 47 tahun di Kampung Bongek," katanya dalam kenyataan di Rembau, hari ini.


Beliau berkata satu laporan polis juga dibuat dan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak yang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

"Polis mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap isu ini dan berharap agar masyarakat sentiasa menyalurkan maklumat kepada kami," katanya.

Hari ini tular video berdurasi 43 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta Proton Saga di media sosial Facebook.

- Bernama

Budak 9 Tahun Drive Kereta di Rembau
Polis cari kanak-kanak darjah tiga pandu kereta REMBAU - Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu sebuah kereta seperti yang tular di Facebook sejak pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, usaha juga sedang dilakukan bagi mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan. "Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil. "Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan polis mengenainya," katanya kepada Sinar Harian. Hari ini tular video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa'. Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video. ▶️π‘Ίπ’Šπ’π’‚π’“ π‘―π’‚π’“π’Šπ’‚π’
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, 6 September 2020