Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Banyak cadangan Guan Eng saya tolak, termasuk hapuskan tol." -Mahathir



WAWANCARA | Dr Mahathir Mohamad mengulangi penafian terhadap tanggapan yang mengatakan DAP mempunyai kuasa untuk mengawalnya ketika memimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan beliau "dikawal" oleh DAP adalah tidak benar dan DAP tiada kuasa untuk berbuat demikian termasuk keputusan untuk menghapuskan tol seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.

"Untuk mengatakan DAP mengawal saya ... Saya fikir anda menghina saya, jika anda fikir DAP dapat mengawal saya, "kata Mahathir dengan tegas dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Katanya, meskipun pemimpin DAP dilantik sebagai menteri kewangan di bawah pentadbiran PH, perdana menteri masih lagi berkuasa mengawal menteri.



"Ini tak benar sama sekali. Ya lah DAP ada dalam kerajaan dan dia menjadi menteri kewangan, dia mengawal wang (kerajaan) sepenuhnya, (tapi) saya kawal.

"Banyak cadangan-cadangan dia (menteri kewangan) walaupun saya kata boleh bawa dalam Kabinet (tapi) Kabinet tolak. Umpama menghapuskan tol, Kabinet tak setuju, dia nak ambik alih Plus pun Kabinet tak setuju. Nak kata dia berkuasa, dia tak ada kuasa.

"DAP tak berkuasa, yang berkuasa saya. Orang tahu saya jadi perdana menteri lama, masa saya jadi perdana menteri 22 tahun siapa yang kuat mengawal saya? IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) tak kawal saya, World Bank tak kawal," katanya lagi.



PH mencipta sejarah baru politik negara apabila menumbangkan BN yang dipimpin Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

BN tumbang buat pertama kali dalam sejarah politik negara selepas lebih 60 tahun menguasai kerajaan.

Kejayaan itu menyaksikan Mahathir yang ketika itu pengerusi Bersatu kembali menjadi perdana menteri pada usia 93 tahun dan membentuk kerajaan bersama PKR, DAP dan Warisan.

Bagaimanapun hayat kerajaan PH tidak lama apabila krisis politik berlaku pada Februari 2020 yang menyaksikan Mahathir meletakkan jawatan setelah kumpulan Anwar Ibrahim ingin merebut jawatan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan sebelum Mei 2020.'

Kemarahan kumpulan Anwar semakib membara apabila Mahathir mahu melanjutkan tempoh penyerahan kuasa Perdana Menteri pada selepas persidangan APEC pada November 2020 pula.

Keputusan itu menyaksikan kerajaan PH yang dibentuk selama 22 bulan tumbang dan Muhyiddin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, PAS dan GPS serta parti dari Sabah.

Bantuan tetap diberi pada Kelantan dan Terengganu

Tambah Mahathir lagi, meskipun DAP menjaga kewangan negara, namun bantuan tetap diberikan kepada negeri Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS.




"Kelantan hampir muflis, nak bayar gaji tak boleh, Lim Guan Eng yang cadangkan supaya Kelantan diberi secara sekali 'one off' RM400 juta, Terengganu RM200 juta, ini bukan negeri PH.

"Tapi dia negeri Melayu, dia (Guan Eng) tahu masalah...Soal Kelantan nak beli (kereta)Mercedes dia punya masalah," katanya lagi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai legasi yang ditinggalkanya dalam tempoh 22 bulan memimpin kerajaan, Mahathir berkata peralihan kuasa tanpa sebarang kekecohan dan pertumpahan darah juga adalah sesuatu yang boleh dibanggakanya.

"Kita kena fikir biasanya bila berlaku pertukaran kerajaan akan berlaku keganasan. Kita tukar kerajaan yang berusia 60 tahun kepada kerajaan baru tanpa sebarang masalah.

"Kalau tengok tempat lain sampai berperang, sampai membunuh tapi di Malaysia tak ada.

"Ini adalah satu kejayaan, kedua kita bentuk Kabinet daripada parti berbeza dan Kabinet ini dapat bekerja dan berfungsi, 22 bulan (Kabinet) ini dapat membuat keputusan bagi mengurus dan menjadikan kerajaan yang bersih," katanya lagi

-MalaysiaKini