Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tular pula surat Syed Saddiq minta RM5 juta dari Mahathir untuk projek Youth Power Club



KUALA LUMPUR: Sejak malam tadi selepas keluarnya senarai 101 projek "direct nego" yang dibuat ketika zaman Pakatan Harapan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada ketika itu, tular pula surat bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta RM5 Juta untuk projek Youth Power Club.

Walaupun ia tiada kaitan dengan 101 projek direct nego tersebut, permintaan sebanyak RM5 juta itu juga telah diluluskan oleh Tun Mahathir yang juga Perdana Menteri dan juga Pengerusi Bersatu ketika itu.

Untuk rekod, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Pemuda Armada Bersatu telah terpalit isu rasuah bersama Bendahari Armada Bersatu, Rafiq Hakim Razali yang juga Presiden Youth Power Club. Rafiq direman SPRM selama 5 hari pada Jun lepas.



Syed Saddiq bersama Presiden Youth Power Club yang pernah ditahan SPRM

SPRM mengesahkan siasatan tersebut dibuat setelah mengesyaki berlakunya penyelewangan dalam akaun sayap pemuda PPBM berikutan kes kehilangan tunai RM250,000 di rumah milik Syed Saddiq.

[berita lanjut menyusul]