Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pengampunan Anwar yang "cacat" adalah perangkap terakhir Mahathir -Chegu Bard


Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard juga turut mempertikai keputusan proses pengampunan Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya pada 2018 sejurus selepas PRU14.

Menurut Badrul, beberapa bulan lepas beliau sudah menulis mengenai proses pengampunan cacat ke atas Anwar Ibrahim merupakan satu perangkap yang di sengajakan

Berikut adalah kronologi proses pengampunan tersebut:



9 Mei 2018 : PRU14
14 Mei 2018 : Peguam Negara, Tan Sri Apandi diarahkan bercuti
16 Mei 2018 : Anwar di 'ampun'.
4 Jun 2018 : Tommy Thomas di lantik AG.

"Ketika Anwar 'di ampun', Malaysia tiada Peguam Negara.! "

"Siapakah yg mempengerusikan Jawatankuasa Lembaga Pengampunan itu?" soal Badrul

"Bila kah Jawatankuasa Lembaga Pengampunan bermesyuarat bagi tujuan 'Pengampunan' Anwar. Bila pula Majlis Raja2 Melayu bermesyuarat utk 'Pengampunan' ini? Jelas proses pengampunan Anwar tidak sah!"



Anwar perlu bersihkan diri setelah diampunkan jika benar beliau tidak meliwat.

"Malah kuasa pengampunan hanya berkisar dengan memendekkan hukuman atau meringankan atau membatalkan hukuman seperti hukuman mati tetapi tidak boleh sehingga memadamkan keputusan mahkamah.

"Mahkamah jelas menyatakan Anwar BERSALAH KERANA MELIWAT. Proses pengampunan bermula dengan rayuan pengampunan banduan.

"Bila minta ampun sudah pasti ia bermaksud akui kesalahan dan mohon ampun (jaminan menyesal dan tidak ulangi kesalahan). "


"Sepatutnya yang dibuat Anwar selepas PH berkuasa ialah bersihkan dirinya (jika benar tidak meliwat) di mahkamah dengan perbicaraan semula tetapi jelas ia tidak berlaku."

Saya juga ada keyakinan proses pengampunan "cacat" ini sengaja dibuat Mahathir sebagai perangkap terakhir bagi "mengebumikan" hayat politik Anwar.



Anwar bebas dengan proses yang salah. Jika dibenar dibicarakan proses pengampunan Anwar pasti dia akan ke dalam semula

Apabila YDPA melantik Muhyiddin Yassin (TSMY) sebagai Perdana Menteri , maka ramai KUPAI (Kumpulan Penyokong Anwar...
Posted by Che GuBard on Friday, 26 June 2020


Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan memberikan nasihat salah kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam memberikan pengampunan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Bekas Peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang juga mewakili peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selaku plaintif berkata, komposisi Lembaga Pengampunan juga tidak teratur ketika itu, maka nasihat diberikan oleh Lembaga Pengampunan kepada YDPA adalah tidak sah.

BACA: Peguam Mahathir dakwa pengampunan Anwar rupanya tidak sah

-TunCarlos.com