"Ini bukan tohmahan, tapi cerita betul." peniaga burger bidas KPD Sungai Buloh



Selepas Ketua Polis Daerah Sungai Buloh membuat sidang media tergempar, pengusaha burger yang bernama Mohd Asri Hamid ataupun dikenali sebagai Asri Janggut yang bertanggungjawab memuatnaik video tentang aktiviti penyeludupan rokok dan kedai judi di Bandar Baru Sungai Buloh tampil mempertahankan dirinya.

Ini berikutan KPD Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar membuat laporan polis terhadapnya kerana membuat tohmahan dan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik KPD Sungai Buloh dan juga pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui video yang tular tersebut.

Menurut KPD Sungai Buloh, dakwaan Mohd Asri adalah tidak tepat kerana pihak polis tidak pernah berkompromi dengan kegiatan perjudian terutama di daerah Sungai Buloh.



Mohd Asri yang juga pengasas Hot Burger Malaysia berkata sepatutnya selepas kegiatan haram itu dibongkar olehnya, pihak berkuasa akan ambil tindakan yang tegas terhadap pelakunya tetapi sebaliknya pula berlaku.

"Baru sebentar tadi kita dengar Ketua Polis Sungai Buloh dalam sidang akhbarnya bahawa polis membuat laporan polis terhadap saya dengan menyatakan saya membuat tohmahan."

"Sebenarnya ini bukan tohmahan, tapi cerita betul. Sepatutnya pihak polis hubungi saya ucap terima kasih dan hantar bunga sebab saya beri maklumat, tapi ia tidak jadi begitu. benda ini bukan baru, sudah lama isu mesin judi ini berlaku."



"Semua orang tahu karakter kedai mesin judi ni macam mana, bagaimana pula polis tidak tahu. Bukan ada setakat tiga atau empat kedai judi sahaja tetapi banyak lagi."katanya secara ekslusif setelah ditemubual oleh Malakat Tribune ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Asri juga berkata aduannya berhubung isu judi haram tidak pernah dibuat, malah beliau telah membuat laporan sehingga ke Bukit Aman tetapi tindakan susulan yang diambil sangat mengecewakan.

Mengulas mengenai tindakan MBSA bahawa tindakan menyita kedainya diambil selepas arahan diberikan lebih awal sebulum ini, Mohd Asri berkata perkara tersebut bukan isu utama sebaliknya mengapa tindakan sama tidak diambil terhadap peniaga lain terutama warga asing.



"Ketika itu saya hairan, kedai milik warga asingyang terletak 50 meter dari kedai saya tidak diambil tindakan sedangkan mereka memasang khemah kekal dan bersimen, malah mereka jual menjual rokok seludup.

"Semua orang tahu benda ini, tetapi kenapa tindakan tidak diambil? Dengan kami mereka datang macam samseng siap jerkah tapi kedai milik Acheh dan kedai judi tidak diambil tindakan langsung." dakwa Mohd Asri

-Malakat Tribune

TEMUBUAL EKSKLUSIF "Saya terancam" - Peniaga burger tular rakam aktiviti haram di Sg Buloh.
Posted by Malakat Tribune on Sunday, 9 August 2020

Join our Telegram Channel
Telegram


"Ini bukan tohmahan, tapi cerita betul." peniaga burger bidas KPD Sungai Buloh "Ini bukan tohmahan, tapi cerita betul." peniaga burger bidas KPD Sungai Buloh Reviewed by Tun Carlos on August 10, 2020 Rating: 5

2 comments:

  1. orang awam buat aduan polis maka polis harus menyiasat perkara yang diadukan dan bukannya mengambil tindakkan undang-undang terhadap si pengadu.
    kepada siapa lagi orang awam hendak mengadu jika berlaku kes perlanggaran undang-undang di kawasan mereka?

    ReplyDelete
  2. Nak buat aduan n nk tular vedeo x jadi masaallah..tapi jgn lah melebih-lebih..cakap nk kena bunuh la..mcm2 lagi.. benda x masuk akal belaka..cakap penguatkuasa ambil duit la..ada nmpak ke...tunjuk gambar baru org x marah..ini cakap saja x jadi..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.