Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kehadiran pemimpin PN lambang kerjasama erat



Berbaki kurang 24 jam sebelum kempen PRK DUN Chini melabuhkan tirainya, Ahli Parlimen Lipis Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata jentera parti Barisan Nasional perlu melakukan sentuhan akhir bagi memastikan kempen parti itu benar-benar memberi kesan dan impak kepada pengundi di kawasan ini.

Bagi Ahli Parlimen Arau DS Shahidan Kassim pula berkata, kehadiran pemimpin tertinggi dalam kerajaan Perikatan Nasional telah membuktikan kerjasama erat yang terjalin sewaktu PRK DUN Chini ini  diadakan.

Abdul Rahman Mohamad dan Shahidan Kassim

"Dan kepada orang Chini oleh kerana ianya menggambarkan suasana negara sebab PRK Chini akan menentukan kehebatan negara nanti, jadi orang Chini sini kena menunjukkan sesuatu yang cukup luar biasa. Ini sejarah untuk mereka." ujar Shahidan

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.



Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11.

Pada PRU-14 lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.

-Tun Carlos