Guan Eng akhirnya mengaku Goldman Sachs yang curi duit 1MDB, bukan Najib


Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng mahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak melepaskan Goldman Sachs dengan begitu mudah.

Dengan gesaan Guan Eng itu, ia mengesahkan bahawa Goldman Sachs yang sebenarnya telah melakukan salahguna dana dari 1MDB.

Oleh itu dakwaan beliau yang selama ini 1MDB yang berhutang dan bekas Perdana Menteri DS Najib Razak mencuri adalah tidak benar dan tipu sama sekali,

Walaupun PN berjaya menerima sebahagian daripada jumlah tuntutan yang dibuat ke atas Goldman Sachs, Guan Eng masih tak puas hati dan meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelaskan apakah rakyat Malaysia 'ditipu'.


Ini adalah menurutnya perjanjian penyelesaian dengan Goldman Sachs hanya berjumlah AS$3.9 bilion (RM16.62 bilion)sahaja, bukan AS7.5 billion.

Lim berkata, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah menuntut AS$ 7.5 bilion (RM31.97 bilion) yang merangkumi nilai tiga bon Goldman Sachs yang diatur untuk 1MDB bernilai AS$ 6.5 bilion (RM27.71 bilion) dan tambahan AS$ 1 bilion (RM4.26 bilion) bagi menampung kos faedah sehingga kini.

Menurut bon yang disusun oleh Goldman Sachs, 1MDB akan membayar kadar kupon sebanyak 5.99 peratus untuk bon pertama AS$1.75 bilion, 5.75 peratus untuk bon kedua AS$1.75 bilion dan 4.4 peratus untuk bon ketiga AS$3 bilion.


Di bawah penyelesaian berjumlah AS$3.9 bilion (RM16.62 bilion) ini pula, Goldman Sachs hanya akan membayar tunai AS$ 2.5 bilion (RM10.66 bilion) kepada kerajaan Malaysia manakala baki AS$1.4 bilion (RM5.97 bilion) hanya akan menjadi "jaminan" untuk memastikan aset yang diperoleh menggunakan dana 1MDB yang dicuri akhirnya akan dikembalikan ke Malaysia.

Proses merampas, mencairkan dan mengembalikan aset ini banyak dilakukan oleh Jabatan Keadilan AS (DOJ).

"Selain pembayaran tunai AS$2.5 bilion, jika Goldman Sachs bersedia untuk mengembalikan baki AS$4 bilion aset haram, dan bukan setakat AS$1.4 bilion sahaja, maka munasabah bagi kerajaan untuk bersetuju dengan penyelesaian AS$6.5 bilion tanpa mengambil kira faedah sejumlah AS$1 bilion yang telah ditanggung kita sebelum ini.

"Melepaskan tuntutan asal AS$7.5 bilion dengan berpuas hati dengan penyelesaian AS$3.9 bilion menunjukkan kerajaan memandang ringan beban hutang 1MDB yang sebegitu besar. Jumlah hutang 1MDB terkini yang dijamin oleh kerajaan ialah sebanyak RM31.7 bilion.


"Jumlah ini akan meningkat kepada RM41.5 bilion sekiranya dicampur dengan kadar faedah sehingga tahun 2038. Jumlah ini tidak termasuk RM8.9 bilion yang telahpun dibayar kerajaan sebelum ini.

"Ini bermaksud jumlah keseluruhan hutang 1MDB, termasuk faedah, yang terpaksa ditanggung oleh negara kita ialah RM50.4 bilion," kata Lim.

Lim berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan sekiranya Goldman Sachs telah dibiarkan melepaskan diri daripada tuntutan dengan "mudah" atau rakyat Malaysia telah diperdayakan.

"Goldman Sachs hanya membayar tunai sebanyak AS$2.5 bilion untuk menyelesaikan segala tuntutan dan tindakan undang-undang jenayah oleh Kerajaan Malaysia terhadapnya.


"Jika tidak mengikut jumlah tuntutan asal AS$7.5 billion sekalipun, penyelesaian dengan Goldman Sachs patut dibuat dengan tuntutan sekurang-kurangnya AS$6.5 bilion berikutan 3 bon yang diterbit oleh syarikat tersebut.

"Perdana Menteri wajib memberi jaminan kepada rakyat bahawa beliau tidak mengkhianati kepentingan negara dan melepaskan Goldman Sachs sebegitu mudah atas penglibatan mereka dalam skandal kewangan terbesar dalam sejarah - Skandal 1MDB RM50.4 bilion," dakwa Lim.

Untuk rekod, tuntutan ke atas Goldman Sachs ini telah dilakukan pada tahun 2017 dimana ketika itu Barisan Nasional masih lagi kerajaan. MEnurut perjanjian itu, GOldman Sachs akan menjelaskan kesemua bayaran sebelum Disember 2020.

Malangnya ketika PH menjadi kerajaan, mereka langsung tidak berusaha mendapatkan walau satu sen pun daripada Goldman Sachs.


Jika dilihat dari kenyataan-kenyataan Lim yang mengelirukan ini, jelas beliau tidak lagi menuduh Najib yang mencuri duit 1MDB.

Malah Lim sendiri menggesa kerajaan tidak melepaskan syarikat Goldman Sachs itu.

Akhirnya hari ini semua rakyat Malaysia tahu selama ini Lim Guan Eng sebenarnya penipu dan masih lagi mahu menipu.

Dua hari lalu, Goldman Sachs, bank pelaburan global, bersetuju membayar AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon membabitkan 1MDB.



Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, kerajaan terus komited untuk mendapatkan semula aset lain yang "masih belum dikembalikan".

"Penyelesaian ini merangkumi pembayaran tunai AS$2.5 bilion (RM10.63 bilion) dan jaminan untuk pengembalian penuh berjumlah sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion (RM5.95 bilion) dari segi aset yang berkait dengan hasil yang telah diseleweng melalui tiga urus niaga bon berkenaan," kata Tengku Zafrul.

Tengku Zafrul berkata, Goldman Sachs, atas biayanya sendiri, juga akan membantu kerajaan dalam melantik pakar pemulihan aset untuk mendapatkan kembali aset lain yang kini berada di luar Malaysia.

-MalaysiaKini/Tun Carlos

Join our Telegram Channel
Telegram


Guan Eng akhirnya mengaku Goldman Sachs yang curi duit 1MDB, bukan Najib Guan Eng akhirnya mengaku Goldman Sachs yang curi duit 1MDB, bukan Najib Reviewed by Tun Carlos on July 26, 2020 Rating: 5

3 comments:

  1. Najib tak nak charge LGE atas fitnah yg dibuat tanpa fakta yg sahih ? Kasi londeh seluar LGE. Dengar cerita dia byk duit skarang. Itu pun belum masuk lagi duit terowong gelap

    ReplyDelete
  2. saman malu sama dia Dato' seri, jgn kasi lepas, kasi ajar samada, tak sabar-sabar nk tgok lge turun naik court plk lepas ni

    ReplyDelete
  3. Kepala taik la klau najis tak beri duit berbilion duit takyat jelata diberi dgn senang hati kpd goldman sacks mcm duit tu kbk punya. Terutama najib laki bini senang senang pakai duit rakyat, rakyat yg terbeban. Celaka la najis laki bini dilaknat allah swt.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.