Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

GEMPAR: ADUN DAP, Howard Lee rupanya pernah menangis mahu pulang dan jadi warganegara UK



Pendedahan oleh Dato Seri Najib:

Petang tadi, ADUN DAP Howard Lee menyibuk tentang UMNO. Kononnya UMNO sedang berkomplot untuk jatuhkan PM8 dan kita sedang memecah-belahkan penyatuan Ummah.

Oleh sebab dia sangat mengambil berat tentang penyatuan orang Melayu, saya pun ceritakan sedikit tentang kisah dia.

Selepas Howard Lee Chuan How menghabiskan pendidikan sekolah rendah di sebuah sekolah Cina di Ipoh, dia telah dihantar ke England pada tahun 1995 untuk pendidikan seterusnya sehingga dia mendapat Diploma di sana.

Lalu dia berkahwin dengan orang tempatan dan bekerja sebagai Chef di sebuah restoran di bandar Norwich, England.



Malangnnya pada tahun 2007, dia ditendang pulang ke Malaysia oleh England selepas permohonannya untuk menjadi warganegara UK pada tahun 2002 tak berjaya dan passport Malaysia dia hilang.

Pada tahun 2007 itu, dia amat sedih sehingga dia merakam video sedih serta melancarkan petisyen kepada kerajaan England bagi menyokong hasrat beliau “to return home” ke Britain.

Petisyen yang dia lancarkan itu masih ada. Setakat ini, seramai 1,082 warga UK dan Malaysia telah memberi sokongan pada dia :

"Bring Howard Back to his rightful home!!!"
https://www.ipetitions.com/petition/bringhowardhome/ 
(Kalau nak sign lagi untuk memberi sokongan pada dia, dipersilakan)

"19 Sep 2007: Chef's video plea to Norfolk"
https://www.edp24.co.uk/news/chef-s-video-plea-to-norfolk-1-699073

Lepas itu, dia berjaya pulang ke England negara tercinta dia.



Dia pun mula ceburi diri dalam politik tempatan dan bertanding atas tiket Parti Liberal Demokrat dalam pilihanraya tempatan bandar Norwich pada tahun 2010.

Malangnya, dia kalah.
https://www.aldc.org/2010/09/norwich-city-council-lakenham/

Selepas kalah, dia pun pulang ke Malaysia untuk menyertai parti DAP.

Melihat kisah sedih dia, DAP pun mencalonkan dia sebagai calon DUN negeri Perak untuk PRU13 dan dia menang.

Undian yang diberi oleh orang Pasir Pinji Perak terhadap Howard Lee pada PRU14

Pada PRU14, dia berjaya mempertahankan kerusi DUN dia dan dia dilantik Exco Belia, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Perak sehingga dia hilang kerja apabila kerajaan PH Perak tumbang pada bulan Mac lalu.

Mujur permohonan warga UK dia ditolak masa dulu. Jika tidak, dia tak berpeluang merasa jadi ADUN dan EXCO negeri di Malaysia.

Petang tadi, ADUN DAP Howard Lee menyibuk tentang UMNO. Kononnya UMNO sedang berkomplot untuk jatuhkan PM8 dan kita...
Posted by Najib Razak on Sunday, 12 July 2020