Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

3 jam, Musa Aman disekat dari masuk ke Istana


KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, bersama rombongannya dihalang memasuki laluan Istana Negeri, di sini, sebentar tadi.

Rombongan membabitkan lebih 10 kenderaan itu ditahan pihak polis yang melakukan sekatan berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana, kira-kira jam 3.50 petang tadi.

Beberapa individu dipercayai peguam kepada Musa, dilihat cuba berbincang dengan pihak polis yang membuat sekatan.



Bagaimanapun, setakat kira-kira jam 6.00 petang tadi, mereka masih belum dapat melepasi sekatan berkenaan.

Tinjauan mendapati peguam yang mewakili Musa Aman sehingga kini masih berunding dengan polis walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Bagaimanapun keadaan terkawal dengan kawalan ketat sepasukan polis di laluan masuk ke Istana.

Turut berada di lokasi Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji. – Hmetro