Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

SPRM tahan Exco Armada, siasat berkenaan wang milik Syed Saddiq


Menurut laporan The Malaysian Insight, agensi anti rasuah (SPRM) telah menahan seorang exco Pemuda Bersatu (Armada) berhubung siasatan mengenai sejumlah wang tunai kira-kira RM250,000 yang berada di dalam rumah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hujung Mac.

Exco sayap itu ditangkap lewat malam tadi dan direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kemungkinan lebih ramai lagi pimpinan ARMADA akan ditahan untuk siasatan.


Wang tunai berjumlah RM250,00 itu didakwa mempunyai kaitan dengan wang milik Bersatu tetapi Syed Saddiq telah menafikannya.

Pada Mac lalu, siasatan dibuka selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima aduan berhubung mengenai wang tersebut yang dilaporkan sebagai “pemilikan yang meragukan”.

BACA: Syed Saddiq bakal dipanggil SPRM, simpan banyak wang di rumah

-Tun Carlos