Mahathir, jangan anggap orang Sabah dan Sarawak bodoh -Presiden PRS


Penduduk Sabah dan Sarawak tidak akan diperbodohkan dengan candangan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH dan sekutunya, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing.

Cadangan menamakan Shafie - presiden Warisan dan ketua menteri Sabah - didedahkan Dr Mahathir Mohamad semalam, dalam usahanya menumbangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassing yang hanya mempunyai majoriti tiga kerusi di Dewan Rakyat.

"Saya tahu Shafie adalah pemimpin yang baik dan berkemampuan, tetapi jangan anggap orang Sabah dan Sarawak bodoh dengan mencadangkannya sebagai calon perdana menteri selepas PRU15 demi mendapatkan sokongan dua negeri Malaysia Timur terhadapnya dengan cadangan itu.


"Tidak mungkin pengundi Malaysia akan menerimanya. Saya minta Dr Mahathir berhenti bermain politik," katanya seperti dipetik The Star.

Cadangan itu dibuat sebagai alternatif di tengah-tengah kebuntuan antara Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung siapa yang patut menjadi calon perdana menteri PH Plus.

Jika berjaya, cadangan itu akan menjadikan Shafie sebagai perdana menteri pertama daripada Malaysia Timur. Ia juga dilihat sebagai usaha meraih sokongan daripada dua negeri itu.

PRS merupakan sebahagian daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 kerusi Parlimen.

Gabungan itu kini menyokong pentadbiran Perikatan Nasional dan dilihat sebagai faktor penentu susulan majoriti tipis Muhyiddin di Dewan Rakyat. -MalaysiaKini




Join our Telegram Channel
Telegram


Mahathir, jangan anggap orang Sabah dan Sarawak bodoh -Presiden PRS Mahathir, jangan anggap orang Sabah dan Sarawak bodoh -Presiden PRS Reviewed by Tun Carlos on June 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.