Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahathir didapati bersubahat bebaskan akaun seorang Tan Sri yang dikaitkan dengan 1MDB



Beberapa hari lalu ketika tersebarnya pendedahan mengenai dakwaan salah guna kuasa bekas Menteri Kewangan dan bekas Ketua Peguam Negara membebaskan akaun bank peribadi dan syarikat milik seorang Tan Sri yang telah dibekukan kerana mempunyai kaitan dengan 1MDB,  Lim Guan Eng hanya menjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kes Tan Sri itu kepada Tommy Thomas saja.

Kenyataan Lim Guan Eng itu dipetik pada 1 Jun yang lalu.

Tetapi hari ini negara digemparkan dengan tersebarnya lagi surat dari Lim Guan Eng yang terbukti telah memberi arahan kepada Tommy.

Kali ini ia bukan sekadar merujuk sahaja. Surat itu jelas ditulis "please lift the freeze as requested by YAB PM". Ini bukan lagi rujukan, tapi arahan.



Di dalam surat itu juga tertera tulisan tangan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir yang menyokong pelepasan pembekuan akaun milik Tan Sri itu.

Apakah istimewanya Tan Sri tersebut kepada Lim Guan Eng sedangkan kesemua akaun syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB telah dibekukan oleh Kerajaan PH dibawah akta penggubahan wang haram AMLA?

Itulah yang menjadi persoalan rakyat sekarang.



Kronologi Kes dan Arahan:

1. 26.10.2018: Peguam Tan Sri Lim Soon Peng menulis kepada Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pada waktu itu disandang oleh Dato’ Sri Shukri Abdull untuk melepaskan pembekuan semua akaun peribadi dan syarikat Tan Sri Lim Soon Peng.

2. Salinan surat diberi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

3. 05.12.2018: Tun Dr Mahathir Mohamad minitkan surat dari Lim Guan Eng, dan berpendapat Tan Sri Lim Soon Peng “tidak boleh dipersalahkan” pembekuan akaun peribadi dan syarikat Tan Sri Lim Soon Peng tidak boleh dikekalkan”.




4. 19.02.2019: Surat Peguam Tan Sri Lim Soon Peng diterima oleh Lim Guan Eng dan beliau minitkan Peguam Negara Tommy Thomas arah pelepasan akaun-akaun itu dengan merujuk kepada minit Tun Dr Mahathir Mohamad.




5. 31.05.2019: Lim Guan Eng tulis surat rasmi kepada Tommy Thomas mengarahkan akaun Tan Sri Lim Soon Peng dilepaskan daripada pembekuan.

6. 14.06.2019: Tommy Thomas menulis kepada Lim Guan Eng memaklumkan status kes dan arahan beliau kepada SPRM melepaskan pembekuan akaun-akaun Tan Sri Lim Soon Peng.



Sumber: Malaysia-Today