Ketua Wanita PKR antara 4 pemimpin dipecat dari parti


PKR telah memecat empat pemimpin yang dikaitkan dengan bekas timbalan presiden Azmin Ali.

Mereka ialah ketua Wanita PKR Haniza Talha, ketua wanita Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria, dua Adun Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh).

Keputusan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR semasa mesyuarat hari ini. Pemecatan berkenaandisahkan kepada Malaysiakini oleh pemimpin yang menghadiri mesyuarat tersebut.

Haniza dan Afif kedua-duanya digantung oleh parti itu pada bulan Mei.


Haniza Talha

Haniza, yang juga Adun Lembah Jaya dari Selangor, sejak itu telah membentuk sebuah NGO bernama Nation of Women, yang mendapat sokongan daripada pemimpin wanita lain yang berpihak kepada Azmin.

Sementara itu, Afif pula mengetuai NGO Pemuda Negara. Kedua-dua NGO ini dipercayai dipersiapkan untuk menjadi sayap wanita dan belia kepada Parti Negara yang akan ditubuhkan oleh Azmin.

Afif juga baru-baru ini berkata beliau akan duduk sebagai wakil Bersatu dalam sidang DUN Pulau Pinang.

Dr Afif Bahardin

Bagi Zulkifli pula baru-baru ini dia dilihat dalam pertemuan Afif dengan pemimpin Umno dan PAS.

Ketika dihubungi, Adun Sungai Acheh itu berkata dirinya masih belum menerima pengesahan rasmi mengenai pemecatannya daripada PKR.

Azmin dan sepuluh yang lain berpaling tadah daripada PKR pada bulan Februari untuk menyokong pembentukan Perikatan Nasional menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan runtuh. -MalaysiaKini




Join our Telegram Channel
Telegram


Ketua Wanita PKR antara 4 pemimpin dipecat dari parti Ketua Wanita PKR antara 4 pemimpin dipecat dari parti Reviewed by Tun Carlos on June 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.