Anwar mengaku adakan pertemuan peribadi dengan Hamzah dan Muhyiddin


Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membuat komplot di belakang "seperti sesetengah yang lain" berhubung pertemuannya dengan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN).

"Saya laporkan kepada majlis (presiden PH bulan lalu)," katanya seperti dipetik Sin Chew Daily ketika ditanya berkenaan pertemuannya dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin baru-baru ini.

"(Ada) juga pertemuan dengan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin. Saya juga beritahu kepada majlis PH.

"Saya tak berkomplot di belakang macam sesetengah yang lain. Saya segera beritahu majlis PH," katanya lagi.


Dalam pertemuan itu, kata Anwar, beliau berbincang mengenai hal semasa dan perkara berkaitan Kementerian Dalam Negeri, selain menyampaikan pandangan pembangkang.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut berkenaan "sesetengah yang lain".

Semalam, Hamzah dilaporkan berkata pertemuannya dengan Anwar bersifat pertemuan peribadi individu yang sudah tidak berjumpa beberapa tahun serta tidak perlu dihebahkan kepada umum.

Terdahulu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Amanah, DAP dan Warisan pada 25 Jun yang membangkitkan cadangan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH Plus.



Cadangan itu dilihat sebagai usaha memecahkan kebuntuan antara Mahathir dan Anwar berkenaan siapa yang akan menjadi calon perdana menteri PH serta menarik sokongan daripada Malaysia timur.

Mahathir mendakwa keputusan untuk mencalonkan Shafie disokong sebulat suara dalam pertemuan itu.

Bagaimanapun DAP dan Amanah berkata ia perlu dibincangkan di peringkat parti dan PH terlebih dahulu. -MalaysiaKini



Join our Telegram Channel
Telegram


Anwar mengaku adakan pertemuan peribadi dengan Hamzah dan Muhyiddin Anwar mengaku adakan pertemuan peribadi dengan Hamzah dan Muhyiddin Reviewed by Tun Carlos on June 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.