Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pembantu nafi Mahathir bertemu Agong, tidak betul ada sokongan 129 ahli Parlimen


Seorang pembantu Dr Mahathir Mohamad menolak khabar angin mengenai pertemuan bekas perdana menteri itu dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ketika dihubungi, beliau berkata Mahathir menghabiskan waktunya di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

"Tidak, dia ada di pejabat," katanya kepada Malaysiakini dalam kiriman teks ringkas.

Beliau berkata bekas perdana menteri itu juga mengambil bahagian dalam satu wawancara yang disiarkan secara langsung di Facebook sebentar tadi.


Sejak malam tadi, pelbagai spekulasi timbul di media sosial mengenai pertemuan Mahathir dengan Yang di-Pertuan Agong.

Blogger Pro-PH Shahbudin Husin menyiarkan satu artikel yang menggambarkan PH sekali lagi mendapat sokongan yang cukup daripada anggota parlimen untuk mengambil alih kerajaan dari Perikatan Nasional

Bagaimanapun penyokong PN menganggap spekulasi itu sebagai "perang psikologi" semata-mata.
Menjawab blogger Raja Petra Kamaruddin, Shahbudin menafikan beliau menyebut 129 anggota parlimen menyokong Mahathir untuk kembali menjadi perdana menteri.


"Pada ketika ini, saya tak berani mengesahkan apakah angka 129 itu tepat atau sebaliknya, tetapi mempunyai bilangan yang cukup betul [...]," kata Shahbudin.

Kerajaan PN pada masa ini hanya memiliki majoriti dua kerusi di Parlimen.

Sejurus selepas 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kerajaan PH tumbang, Mahathir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di parlimen.


Beliau mengakui memiliki jumlah sokongan anggota parlimen yang mencukupi untuk berbuat demikian.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof kemudian menerima cadangan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin menjelang persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.

Persidangan satu hari itu kemudian dipendekkan oleh kerajaan untuk hanya mendengar titah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam titah baginda, Yang di-Pertuan Agong menggesa anggota parlimen agar  tidak mengheret negara kepada satu lagi krisis politik ketika rakyat sedang menghadapi kesulitan akibat  pandemik Covid-19. -MKini