Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Dengar kata ada orang dipecat?" sindir Najib



KUALA LUMPUR: Sejurus selepas tersebarnya surat pemecatan jawatan lima pemimpin utama parti BERSATU iaitu Tun Mahathir, Mukhriz Mahathir, Maszlee Malik, Syed Saddiq dan juga Amiruddin Hamzah, bekas Perdana Mneteri DS Najib Razak telah memuatnaik gambar beliau dengan kapsyen ringkas,

"Dengar kata ada orang dipecat?"

Gambar yang dimuatnaik beliau telah mendapat 85ribu sukaan dalam masa 1 jam sahaja. Dalam gambar tersebut, Najib sedang menikmati keropok yang tengah viral iaitu Super Ring.



Lewat petang tadi, kelima-lima pemimpin utama BERSATU dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat berkenaan ditandatangani oleh setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.

Tiga pemimpin lain yang sehaluan dengan Mahathir iaitu Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah juga turut dipecat.

BACA: TERKINI, Bersatu pecat 5 pemimpin utama