Mahathir akan mengadap Agong, dakwa cukup sokongan untuk jadi PM ke-9


Kuala Lumpur – Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mendakwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi mengantikan Perikatan Nasional.

Shahbudin berkata demikian melalui catatan di laman Facebooknya.

“Nombor sudah ada, calon PM pun sudah dipersetujui…bye bye Muhyiddin!!!,” tulisnya ringkas.

Perkara yang sama turut dibangkit oleh blogger Raja Petra Raja Kamarudin.



“Menurut Shahbudin Husin, Tun Mahathir Mohammad telah mempunyai sokongan 129 ahli parlimen dan akan mohon untuk mengadap Agong dalam masa terdekat untuk mempersembahan jumlah sokongan serta memohon untuk mengangkat sumpah sebagai PM ke 9. Anwar akan kekal sebagai bakal perdana menteri,”

Terdahulu Shahbudin turut membayangkan gabungan Mahathir-Anwar hanya menunggu masa untuk mengantikan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pengakuan sokongan mereka itu sudah sedia ada di tangan Tun Mahathir dan Anwar serta hanya menunggu masa, seawalnya dalam Sidang Parlimen 13 Julai nanti untuk ia dibuktikan.



“Awas Muhyiddin, masa kejatuhan kerajaan tebuk atap ini akan tiba tidak lama lagi,” tulisnya.

Kerajaan PH tumbang Februari lalu setelah Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai perdana menteri.

Susulan daripada itu Bersatu dan beberapa ahli parlimen PKR pimpinan Azmin Ali mengumumkan keluar daripada PH.

Yang Di Pertuan Agong kemudiannya mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen sebelum berkenan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke 8.

Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan melalui gabungan Bersatu dengan Barisan Nasional, GPS dan PAS. – SuaraTV

BACA: Cukup-cukuplah mahu jadi gila kuasa -Azmin




Join our Telegram Channel
Telegram


Mahathir akan mengadap Agong, dakwa cukup sokongan untuk jadi PM ke-9 Mahathir akan mengadap Agong, dakwa cukup sokongan untuk jadi PM ke-9 Reviewed by Tun Carlos on May 28, 2020 Rating: 5

6 comments:

  1. Negara tengah sibuk dengan covid-19, dia pulak sibuk nak jadi PM balik.

    ReplyDelete
  2. Memang x ingat akhirat d ujung ujung usia pun dok kejar dunia lagi. Ingatlah azab Allah tu amat pedih.

    ReplyDelete
  3. tak ada org lain ke nak printah mlsia , tun m, anuar,,,,anuar ...tun m, sudah2 lah, dah nyayok atok...cukup lah.

    ReplyDelete
  4. Memang nyanyok. Dia sendiri letak jawatan, lepas itu nak mintak balik kata orang lain main kotorlah, itulah inilah. Penggantinya pun orang parti dia, penyokong kuat dia sendiri yg sama jatuh DSN& BN dulu.
    Dah jelas dan terang perjuanganya adalah untuk kepentingan diri sendiri. Rakyat adalah sekadar alat perjuanganya. Tapi sayang masih ada juga rakyat yg tak buka mata lagi.

    ReplyDelete
  5. Ibarat anjing dan bayang2...

    ReplyDelete
  6. Ibarat anjing dan bayang2...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.