Cukup-cukuplah jadi gila kuasa mahu jadi PM -Azmin


ALOR SETAR: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan beliau tidak mengetahui dakwaan Pakatan Harapan (PH) telah mendapat sokongan 129 Ahli Parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan baharu.

Beliau berkata perbahasan mengenai perkara itu perlu dihentikan bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.



Bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, kerajaan Perikatan Nasional dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi diheret dalam kemelut politik.

"Saya kira perkara itu telah dimuktamadkan mengikut peruntukan Perlembagaan undang undang dan sekarang adalah masa untuk tumpukan khidmat kepada rakyat dalam negara dan di peringkat negeri.

"Jangan lagi heret masalah politik sehingga rakyat menjadi mangsa kerana ada individu yang gila kuasa untuk jadi Perdana Menteri.

"Cukup cukuplah... jangan salahkan Perikatan Nasional kerana apa yang berlaku (punca) kerana ada seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan, nak salah siapa kalau itu kehendaknya, maka bila berlaku kekosongan ia perlu diisi, itu sahaja," katanya.



Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja bersama Menteri Besar di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan pihak yang mempertikai perlantikan Perdana Menteri kelapan perlu memahami dengan jelas bahawa Muhyiddin hanya mengisi kekokosongan yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melalui satu proses telus yang dikendalikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, wujud desas desus mengenai perubahan kerajaan sekali lagi berikutan dakwaan seorang penulis blog yang menyatakan Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang mencukupi bagi membentuk kerajaan mengantikan Perikatan Nasional.

Berdasarkan dakwaan terbabit, PH kini mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen dan mereka akan memohon untuk mengahadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.




Join our Telegram Channel
Telegram


Cukup-cukuplah jadi gila kuasa mahu jadi PM -Azmin Cukup-cukuplah jadi gila kuasa mahu jadi PM -Azmin Reviewed by Tun Carlos on May 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.