Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

1,000 warga tempatan mula kerja di Pasar Borong KL, henti upah warga asing -Menteri


KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 pekerja tempatan kini sudah mula bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, setakat hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia membuktikan tanggapan salah oleh kebanyakan pihak bahawa rakyat negara ini enggan bekerja di pasar borong yang dikaitkan dengan bau busuk, kotor dan kerja berat.

"Bila kawasan pasar borong ditutup, maka tauke diminta ambil pekerja tempatan. Hari ini, saya terkejut kerana sudah ada 1,000 pekerja tempatan yang bekerja di pasar borong.



"Kita kena buktikan ada warga tempatan yang nak kerja. Kita juga sudah temu duga gelandangan yang mahu bekerja di pasar borong dan ramai yang mahu bekerja.

"Saya tak mahu lihat lagi pasar borong menjadi 'Little Myanmar' atau 'Little Arakan', Selayang kena kekal Selayang," katanya ketika bersiaran secara langsung menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini, peniaga dan pemborong sayur, buah dan ikan di Pasar Borong Kuala Lumpur, mengaku kebanyakan pekerja mereka majoritinya warga asing.

Pengakuan mereka itu berikutan pekerja-pekerja warga asing mereka tidak dapat datang bekerja kerana kebanyakkan mereka tinggal di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selayang.

BACA: Pemborong Pasar Borong KL akhirnya mengaku 90% pekerja tiada dokumen sah



Annuar berkata, semua peniaga di pasar borong perlu mengambil kesempatan ini untuk berhenti menggajikan warga asing, khususnya pendatang asing tanpa izin (PATI), sebaliknya mengutamakan rakyat tempatan.

"Sebelum ini, ramai ambil pekerja asing mungkin kerana mereka boleh dibayar murah, berbanding pekerja tempatan yang memerlukan bayaran gaji yang berpadanan.

"Kalau kita untung banyak sejak sekian lama, kenapa tidak boleh bayar gaji lebih sedikit, asalkan pekerja tempatan, berbanding pekerja asing yang sebahagiannya tiada dokumen perjalanan yang sah.

"Perbetulkan keadaan ini. Mungkin perlu bayar lebih sedikit, tetapi tiada salahnya jika kita kongsikan kemakmuran dan keuntungan perniagaan dengan rakyat sendiri," katanya.

BACA: Chow Kit dikelilingi kawat besi, 16 kes positif

-Tun Carlos