Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kantoi, Anwar Ibrahim pertahan fahaman Machiavelli


Bekas Bakal Perdana Menteri ke-8, Dato Seri Anwar Ibrahim mengaku beliau amat menyukai buku mengenai fahaman Machiavelli di dalam Live Facebooknya semalam.

Di dalam Live Fb itu, beliau turut berkongsi dan mencadangkan supaya semua orang membaca buku yang bertajuk "The Prince" yang bercerita mengenai fahaman tersebut.

"Saya suka buku ini, orang politik kena faham Machiavelli."ujar Anwar

Menurut Anwar penulisannya buku itu adalah mengenai The Prince yang bermakna "Sang Penguasa" dan juga tentang "the art of power".




"Ada orang yang mempertahankan Machiavelli ini kerana katanya ia mempertahankan kuasa untuk kepentingan negara."

"Jadi ada beza Machiavelli dengan sesetengah penyamun dan perompak politik di dunia sekarang"

"Machiavelli sekurang-kurangnya nasihat kepada The Prince supaya cari helah dan tipu helah bagaimanapun untuk jaga kuasa demi kepentingan negara."

Anwar menunjukkan buku fahaman Machiavelli yang disimpannya kepada pelayar FB




"Faham tak? Jaga kuasa untuk kepentingan negara. Caranya guna tipu helah tak apa."

"Seburuk-buruk dan sejelek-jelek Machiavelli itu, dia pertahankan kuasa dengan cara kotor apapun untuk kepentingan  negara."

"Orang-orang ini yang kita bicara setengah-tengah orang politik ini, jahatnya lebih teruk daripada Machiavelli."

"Kalau nak sebut mereka ini Machiavelli tidak benar. Machiavelli cinta kepada negara, orang ini untuk nafsu serakah, harta dan kuasa semata-mata."ujar Anwar.




Siapa itu Machiavelli?

Niccolo Machiavelli lahir di Florence, Itali pada tahun 1469. Beliau berasal dari sebuah keluarga yang agak terkemuka kerana ayahnya merupakan seorang ahli peguam.

Mantra "Matlamat Meghalalkan Cara" ialah salah satu daripada gagasan pemikiran yang telah dicetuskan oleh Machiavelli ini yang terdapat di dalam bukunya yang bertajuk ' Il Principe' atau di dalam bahasa inggerisnya 'The Prince'. 

Menurut Machiavelli, adalah mustahil bagi seorang pemimpin disayangi oleh kesemua rakyatnya. Oleh itu pemimpin itu perlu berusaha sebaik mungkin dalam memastikan perasaan takut menyelubungi individu yang diperintah kerana "ketakutan" itu adalah faktor yang menjadi pengawal situasi dalam sesebuah kerajaan.




Oleh itu, untuk memastikan bahawa seseorang pemerintah itu selamat daripada penentangan, rakyat itu perlu diberi hukuman yang begitu berat sekali sehingga peluang untuk dia bangun semula untuk menentang pemerintah adalah sifar.

Asas kepada falsafah Machiavelli bergantung kepada perkara yang dinamakan "virtu" iaitu sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin dalam menjadikannya seorang pemimpin yang efektif.

Dengan mengabaikan ajaran agama, seorang pemimpin akan mempunyai kekuatan untuk membuat keputusan sukar bagi menjaga pemerintahannya. Ini kerana falsafah Machiavelli itu mengutamakan keutuhan pentadbiran berbanding moral pentadbiran itu sendiri.




Seorang pemimpin ujarnya perlu mempunyai sifat "criminal virtu" atau "sifat penjenayah" supaya pemimpin mampu bertindak kejam dan ganas asalkan kestabilan masyarakatnya  terpelihara dan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tidak dapat digugat oleh mana-mana pihak.

Pengorbanan nyawa akibat tindakan kejam seorang pemimpin itu dihujahkan perlu, atas alasan untuk mengekalkan keamanan. 

Diktator-diktator terkenal dunia seperti Benito Mussolini dan Joseph Stalin juga dilihat menggunakan corak pentadbiran yang sama serta dilihat tidak taku tuntuk menggunakan "criminal vertu" sebagai langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam pentadbiran mereka.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga kerap didakwa mengamalkan falsafah Machiavelli sepanjang memerintah dan juga ketika ingin merampas kuasa dari Perdana Menteri ke-6 iaitu DS Najib Razak.




Selepas mendapat semula kuasa sebagai Perdana Menteri, beliau juga menggunakan kekejaman seperti cara Machiavelli dengan mendakwa, merampas, membekukan segala duit, dan pelbagai sekatan supaya peluang untuk musuh politiknya bangun semula untuk menentang adalah sifar.

Tetapi pemimpin yang mengamalkan ajaran Machiavelli ini hanya dapat dijatuhkan dengan "kuasa perpaduan ummah".

-Tun Carlos