Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Seorang Pakar Perubatan Perak dijangkiti Covid-19 kini di ICU



Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sehingga jam 12 pm pada 20 Mac 2020, terdapat 45 kes COVID-19 di negeri Perak.

Ini termasuk 2 orang pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Salah seorang pesakit ICU tersebut merupakan seorang Pakar Perubatan Perubatan Kecemasan (Emergency Medicine Physician) daripada sebuah hospital KKM di Perak.




Beliau merupakan staf kesihatan KKM kedua yang memerlukan bantuan pernafasan di ICU. Manakala seorang lagi pesakit berusia 63 tahun merupakan peserta perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Kedua-dua pesakit kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil. Tiada kematian seperti mana yang ditularkan di media social.

Petugas kesihatan KKM seluruh negara sedang berusaha sebaik mungkin dalam memberi rawatan kepada pesakit-pesakit COVID-19 serta mengesan kes-kes yang baharu.




Marilah kita bersama-sama berdoa agar petugas kesihatan dilindungi daripada sebarang malapetaka dan diberikan kesihatan serta kekuatan menghadapi krisis ini.

"Anda semua boleh membantu kami dengan duduk di rumah, sentiasa menjaga kebersihan diri dan beri kerjasama sepenuhnya kepada petugas kesihatan dan pihak keselamatan. Jujurlah apabila diminta maklumat."ujar Noor Hisham di Facebook.

BACA: Jumlah terkini Covid-19

-Tun Carlos