Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Covid-19: Russia lepaskan 500 ekor singa bagi pastikan semua duduk di rumah?


Sejak semalam, viral berita mengenai dakwaan Kerajaan Russia melepaskan 500 ekor singa bagi memastikan rakyat di sana betul-betul mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan di sana.

Berita ini tersebar dikala ramai yang mengatakan Russia berjaya tangani penyebaran wabak itu di sana dengan sangat baik.





gambar yang viral di Russia




Setakat hari ini negara tersebut mencatatkan sebanyak 658 kes positif dan hanya 1 saja kematian.

Apapun setelah pihak Kerajaan Russia dihubungi mereka mengatakan bahawa itu adalah berita palsu. Presiden Russia Vladimir Putin juga menyangkal dakwaan berita terbabit.

Menurut sumber, imej singa yang berada di jalanraya itu adalah gambar dari insiden tahun 2016 di mana seekor singa telah dikesan berkeliaran di bandar Johannesburg, Afrika.

Berita mengenai singa tersebut pada tahun 2016


-Tun Carlos