Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

73 petugas kesihatan dikesan positif covid-19



Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan 73 anggota KKM kini telah dikesan positif Covid-19.

Punca jangkitan petugas kesihatan bukan disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM. 47 kes berkaitan majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh.

Mana kala lain-lain kes adalah sejarah ke luar negara dan kontak rapat pesakit.

Sebanyak empat lagi kematian pada hari ini berhubung kes Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 19 orang,




Beliau menambah bahawa jumlah kes Covid-19 setakat tengah hari tadi adalah 1,796 kes seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada jam 1 petang tadi.

"Kes kematian ke-16 merupakan kes ke-1334, lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Kes kematian ke-17 merupakan kes ke-1251, lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun. Beliau juga mempunyai latar belakang penyakit kronik dan disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif Covid-19.

Kes kematian ke-18 merupakan kes ke-1625, lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun. Beliau turut mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Kes kematian ke-19 merupakan kes ke-1246, perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya.




Dr Noor Hisham turut mengumumkan sebanyak 172 kes baru dicatatkan hari ini.

Daripada jumlah kes baru itu, 71 telah dikesan berasal dari kluster kumpulan tabligh di Sri Petaling , Kuala Lumpur yang berhimpun lewat bulan lalu.

Dr Noor Hisham berkata sumber jangkitan bagi kes selebihnya iaitu sebanyak 101 masih disiasat.

Sehubungan itu, katanya seramai 1,895 anggota kesihatan telah menjalani ujian saringan bagi mengesan Covid-19.

Daripada jumlah itu, 1,187 negatif manakala 708 masih menunggu keputusan.

-Tun Carlos