Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ahli-ahli korporat kini tahu Zahid difitnah dalam kes Yayasan Akal Budi



Presiden UNO mengucapkan terima kasih kepada seorang peguam bernama Rosni Zahari kerana telah berkongsi mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam kes Yayasan Akal Budi. Posting itu turut disertakan bersama gambar viral seorang ahli perniagaan terkenal iaitu Dato K bersalaman dengan Zahid.

Berikut adalah posting peguam tersebut:

DS Zahid berkongsi posting Rosni di Facebooknya


Petang tadi saya minum petang dengan beberapa rakan korporat yang bertanyakan kepada saya apa sebenarnya berlaku dalam kes Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi( DSAZ). Jadi saya telah perjelaskan satu persatu kepada mereka.

Friend: Kenapa DSAZ menyalahguna wang anak yatim, asnaf?

RZ: Masyaallah salah tu, tak baik, berdosa besar tuduh dia macam tu, yang sebenarnya Yayasan Akal Budi ditubuh kan oleh DSAZ sendiri di mana sebahagian wang keuntungan dalam pasaran saham semasa beliau dlm dunia koporat dulu di masuk kan ke dalam akaun yayasan tersebut. Duit dalam yayasan tersebut beliau telah gunakan utk buat amal jariah ,bina masjid, bina tahfiz , rumah anak yatim, dan lain-lain.




Friend: Habis tu kenapa beliau di tuduh rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram?

RZ: Itulah yang saya tak faham , saya telah berada dalam mahkamah mengikuti perjalanan perbicaraan kes dengan 39 saksi hingga ke hari ini. DSAZ telah di tuduh dengan 47 pertuduhan dimana 12 pertuduhan pecah amanah, 8 pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram. Semua saksi saksi menafikan pendakwaan tersebut sampai ada 1 saksi tu dikatakan belot.

Tapi saksi bertegas mengatakan bahawa dia bercakap benar, cek-cek yang dikatakan digunakan untuk membayar kad kredit rupa-rupanyanya menurut saksi cek tersebut tidak di tanda tangan oleh DSAZ tapi di cop rubber stamp.




Ini di sahkan oleh ahli kimia dan cek yang di pre-sign telah disilapguna oleh Setiausaha beliau Mejar Maslina untuk bayar insuran kenderaan. Ini di sahkan oleh SP 14 Ahmad Izham. Ini kes lama dan yang sebenarnya apabila DSAZ mengentahui hal ini (2016) beliau telah reimburse @ ganti semula, dah lama sebelum kes ini timbul lagi.

Saksi-saksi lain pun sama samada mereka daripada MYEG @ DATASONIC semua menafikan yang mereka bagi rasuah kepada DSAZ. Sebenar menurut saksi-saksi mereka juga ingin menyumbang dalam pembinaan masjid, tahfiz dan sedekah sabab itu mereka masuk wang ke dalam akaun yayasan.

Friend: Habis tu sapa yang manage akaun yayasan?




RZ: Akaun Yayasan Akal Budi di manage oleh Messrs Lewis& Co sebagai pemegang amanah dan hari ni saksi ke 39, Leong Siew Kong pengurus Maybank memberitahu mahkamah bahawa semua wang dalam akaun klien yang hendak di transfer ke Fixed deposit akaun klien adalah berserta surat akuan peguam bahawa wang yang diterima adalah di sahkan bebas wang haram AMLA.

Friend: Kami dah silap faham ni dan kami rasa public/orang awam pun dah silap faham juga..kami ingatkan Dato Zahid mkn duit anak yatim..kami tak tahu semua ni nasib baik dato bagi tahu, terima kasih dato.

Kesimpulannya bukan kawan-kawan saya tadi sahaja yang tidak tahu fakta sebenar. Ramai lagi netizen luar sana yang termakan dengan fitnah-fitnah ini.

sumber: Facebook Rosni Zahari