Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syed Saddiq enggan balas dakwaan kelemahan beliau kemudi Armada



PULAU PINANG, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan membalas dakwaan berhubung kelemahannya dalam mengemudi sayap itu.

Semalam, seorang Exco Armada Nasional yang bernama Muzammil Ismail telah membuat satu kenyataan media untuk mencabar Syed Saddiq jawatan Ketua Armada Nasional kerana mendakwa Armada lemah dan pincang di bawah Syed Saddiq.

Muzammil yang bersama beberapa ahli Armada yang menyokongnya juga mendakwa Syed Saddiq gagal mendapat kepercayaan anak muda.




Semasa ditemubual wartawan hari ini, Syed Saddiq dilihat tidak mempertahankan dirinya tetapi mengajak Muzammil bertanding dalam pemilihan Ketua Armada.

“Kita perlu meraikan demokrasi dalam parti dan saya alu-alukan Muzzammil dan Razalif  untuk bertanding secara sihat.

“Berkenaan tuduhan beliau sekarang Armada lemah dan saya rasa cara terbaik untuk menjawab ialah bertanding secara sihat menunjukkan bagaimana setiap calon dapat membangunkan Armada dan bawa ia kehadapan.




“Saya tidak akan sesekali memperkecilkan pihak lawan kerana saya nak membuktikan pemilihan ini adalah persediaan untuk kita memajukan Bersatu untuk mengukuhkan parti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian selepas merasmikan perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hari ini.

Setakat ini, Syed Saddiq bakal dicabar oleh dua individu iaitu Exco Armada Nasional, Muzzammil Ismail dan seorang ahli perniagaan Razalif Mohd Zain dalam pemilihan Armada nanti.

Apapun diharap tiadalah berlaku pergaduhan ataupun aksi lompat pagar semasa pemilihan BERSATU nanti. Bukan boleh harap sangat geng-geng "melayang" ni.

BACA: Armada gagal dan pincang di bawah Syed Saddiq

-Tun Carlos