Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kedutaan AS di Kuala Lumpur kecewa dengan Mahathir



KUALALUMPUR. Hari ini Kedutaan Amarika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menyatakan kekecewaan mereka terhadap kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang meminta Presiden AS Donald Trump untuk meletakkan jawatan.

Mahathir memberi kenyataan itu kelmarin apabila diminta pemberita mengulas mengenai pelan damai Israel-Palestin yang disokong Trump, namun sebahagian besarnya tidak dipersetujui Palestin dan sekutunya.

Kedutaan AS di Kuala Lumpur berkata kenyataan Mahathir itu tidak selari dengan dialog konstruktif yang menjadi asas hubungan Malaysia dan AS.

Kenyataan rasmi Kedutaan US di twitter




"Kami kecewa dengan kenyataan perdana menteri mengenai Presiden Trump.

"Kenyataan perdana menteri tidak selari dengan semangat dialog kontsruktif yang telah lama menjadi asas hubungan AS-Malaysia,"

"Kita telah bekerjasama dalam isu-isu seperti keselamatan, perdagangan, pendidikan, kesihatan awam dan alam sekitar," kata kenyataan itu.





Kelmarin, ketika ditanya pemberita nasihatnya kepada Trump memandangkan pelan damai Israel-Palestin yang disokong AS tidak dipersetujui Palestin dan sekutunya, Mahathir berkata: "Letak jawatan."

Mahathir juga menyifatkan Trump mencemarkan peranannya sebagai presiden AS apabila "cuba menggunakan tekanan asing untuk memenangi pilihan raya".

Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucapannya pada persidangan ketiga Liga Parlimen Untuk Al-Quds di Kuala Lumpur kelmarin.

Pihak Pejabat Perdana Menteri gagal dihubungi mungkin kerana cuti pada hari Ahad. Kemungkinan mereka dijangka akan memberi kenyataan balas pada esok.

-Tun Carlos