Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sudah mabuk, langgar pula kereta polis di Federal Highway



KUA LUMPUR. Insiden kemalangan yang disebabkan pemandu yang mabuk todi semakin menjadi-jadi sekarang ini. Sudah lah mabuk, membahayakan nyawa orang pula. Kecil-kecil tak mahu mampos. Sudah besar menyusahkan orang.

Hari ini, sebuah kereta peronda polis pula dilanggar sebuah kereta yang dipandu individu mabuk di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, di Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat berlaku kemalangan di lokasi berkenaan pada Ahad jam 4.02 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi tiga minit kemudian, anggota mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta berada di tengah jalan dalam keadaan rosak teruk dan tidak boleh bergerak.




“Anggota berpangkat koperal berkenaan kemudian meletakkan kereta peronda polis dipandunya di belakang kenderaan kemalangan (tengah jalan) dan memasang lampu biru serta lampu kecemasan selain membantu kawalan lalu lintas.

“Bagaimanapun, sebuah kereta Nissan tiba-tiba datang dari arah belakang lalu merempuh kereta peronda polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan.

“Pemandu kereta Nissan berkenaan dipercayai berada dalam pengaruh alkohol dan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

-Tun Carlos