Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Azmin elak jawab isu sokongan kepada Mahathir, mahu rakyat fokus isu ekonomi



Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menolak untuk menjawab soalan mengenai dakwaan beliau menjadi orang tengah antara PAS dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, fokus patut diberikan "kepada isu-isu ekonomi."

"Sekarang kita menghadapi beberapa masalah dengan novel coronavirus (Covid-19).

"Ia masih berterusan jadi mari kita memberi tumpuan untuk membina semula ekonomi dan sekarang kami sedang menyediakan pakej rangsangan kami. Marilah kita menumpukan terhadap perkara itu," katanya.

Azmin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin di Ampang malam ini.




Menteri hal ehwal ekonomi diminta wartawan mengulas kenyataan bekas senator Ezam Md Nor awal hari ini yang mendakwa, Azmin telah memberitahunya bahawa beliau bertindak sebagai orang tengah mengatur pertemuan antara PAS dan Mahathir.

Ketika berucap pada majlis itu, Azmin berkata mengenai hal sama, menggesa semua orang menghentikan permainan politik untuk menyokong Mahathir dalam membina semula ekonomi yang berhadapan wabak Covid-19 di China.

Beliau berkata banyak sektor seperti industri pelancongan, penerbangan dan logistik telah terjejas akibat wabak itu dan oleh demikian kerajaan bercadang untuk melancarkan pakej rangsangan ekonomi tidak lama lagi.




Reuters melaporkan sebelum ini bahawa ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling perlahan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan sepanjang tempoh satu dekad - 3.6 peratus pada suku keempat dari tahun sebelumnya.  -MalaysiaKini