Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Parlimen bukan forum untuk lantik PM -Tok Mat



Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan mempertikai tindakan Perdana Menteri Interim, Tun Mahathir yang menyeru supaya diadakan pemilihan Perdana Menteri di Parlimen pada 2 Mac nanti.

"Situasi politik negara semakin meruncing dan mesti segera diselesaikan. Penyelesaiannya mestilah selari dengan keluhuran perlembagaan." ujarnya.

"Telah tiba masanya kita menyerahkan kepada kearifan Yang Di Pertuan Agong, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk memberikan jalan keluar dan melakukan yang terbaik untuk Malaysia."




"Parlimen Malaysia bukan forum untuk melantik PM. Semua pihak harus menghormati kearifan YDPA dan tidak mendahului Tuanku dalam apa jua keadaan pun."

"Insyallah kebijaksanaan baginda akan kita jadikan pedoman dalam perkara ini."ujarnya di Facebook.

-Tun Carlos