Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib makan tengahari di Warung Nasi Lemak Tanglin selepas soal siasat di Bukit Aman



KUALA LUMPUR- Bekas perdana menteri, Najib Razak, dan isterinya Rosmah Mansor hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini berhubung siasatan ke atas beberapa klip rakaman audio yang didedahkan oleh Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.

Najib dan Rosmah tiba di Bukit Aman kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, melalui pintu belakang kawasan ibu pejabat tersebut. Menurut peguam Rajivan Nambiar proses itu mengambil masa kira-kira sejam.

“Datuk Seri dan Datin Seri sudah beri kenyataan bagi susulan penyiasatan.

“Kita mula (beri kenyataan) pukul 10.30 pagi tadi dan Datuk Seri selesai pada 10.45 , dalam 15 minit.

“Kita sudah beri kenyataan dan sedia beri kerjasama,” katanya ketika ditemui pemberita.

Turut hadir sama, peguam Rosmah, Mohamed Reza Rahim.




Peguam mengesahkan Najib dan Rosmah juga akan hadir ke SPRM pada 2:30 petang ini, bagi penyiasatan berhubung kes sama.

Mereka dipanggil memberi keterangan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca) di Kuala Lumpur.

Polis sudah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung rakaman audio perbualan telefon yang kononnya menunjukkan berlaku konspirasi jenayah peringkat tinggi.

Antara mereka ialah Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim; bekas setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh; dan bekas pegawai khasnya, Amhari Efendi Nazaruddin.

Pada 8 Jan lalu Latheefa Koya mendedahkan rakaman audio mengandungi perbualan beberapa individu yang antara lain kononnya berlaku kebocoran maklumat dari Jabatan Peguam Negara kepada Najib berkaitan siasatan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.




Tindakan Latheefa Koya itu telah mendapat pelbagai kecaman daripada rakyat dan juga pakar-pakar perundangan kerana perbuatan mendedahkan perbualan peribadi bekas Perdana Menteri kepada media tanpa diserahkan dahulu kepada pihak polis adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Latheefa Koya juga gagal memdedahkan siapa yang menyerahkan pita rakaman tersebut. Banyak laporan polis terhadap Latheefa Koya telah dibuat berikutan salahlakunya itu. Walaupun begitu, meish belum ada tindakan terhadap Latheefa Koya.

gambar dari Facebook Najib Razak


Berbalik kepada cerita mengenai DS Najib, selepas memberi keterangan di Bukit Aman, DS Najib makan tengahari di warung Nasi Lemak Tanglin yang berhampiran.

Warung nasi lemak tersebut sangat terkenal kerana keenakkan nasi lemak dan juga menu-menu yang lain. Menurut DS Najib, beliau ketika kecil sanggup kayuh basikal dari rumah ayahandanya semata-mata untuk makan nasi lemak di warung tersebut.

-Tun Carlos