Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Krisis air Melaka: Rupanya DAP menipu isu Najib batalkan projek Empangan Sg Jernih



KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak hari ini mendedahkan pembohongan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka mengenai krisis air yang sedang melanda negeri itu sekarang.

Baru-baru ini pemimpin DAP Melaka menuduh beliau membatalkan projek Empangan Sg Jernih pada 2018 sehingga menyebabkan krisis air yang berlaku hari ini.

Tuduhan DAP ke atas DS Najib




"Catuan air Melaka masuk fasa ketiga bermula Isnin depan. Tonton sendiri betapa angkuh jawapan dan berbelit-belit kerajaan PH Melaka tentang isu air bulan Disember tahun lepas." ujar Najib

"Perhatikan (video), PH tak sebut pun (mengenai) projek Empangan Sg. Jerneh pada masa itu."

video:

"Selepas catuan air benar-benar berlaku, baru mereka keluarkan (cerita) Empangan itu sebagai alasan untuk tuding jari dan salahkan saya. Dengar sendiri juga tentang kerajaan Johor tolak permintaan Melaka untuk bekalkan air."

"Kerajaan BN dahulu dan saya tak pernah batalkan projek Empangan Sg Jernih seperti dituduh DAP. Ini juga disahkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka."

Kenyataan Bekas Ketua Menteri Melaka mengenai dakwaan bebal DAP


Rujukan:
https://www.facebook.com/idris.haron.5/posts/3827994167225685

"Sepanjang tempoh saya PM, Melaka tak ada krisis air seperti hari ini." ujar Najib mengakhiri posting beliau di Facebook.

Sehingga hari ini, masih ramai lagi pengguna terutamanya Melaka yang dicatu airnya walaupun Kerajaan Melaka mengatakan bahawa air di empangan masih mencukupi.

Doakan semoga penduduk di Melaka yang terjejas bertabah menghadapi hari-hari yang mendatang.

-Tun Carlos