Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hotel Tabung Haji terbukti catat keuntungan, kenapa PH mahu jual dan menipu umat Islam?



KUALA LUMPUR- Umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan penjualan aset-aset milik Tabung Haji (TH) dimana beberapa hotel berkonsepkan islamik dan patuh syariah milik TH telah dijual kepada syarikat misteri yang dikatakan milik Kementerian Kewangan.

Keputusan TH untuk menjual aset-aset ini menjadi bantahan seluruh umat Islam di Malaysia kerana hotel-hotel ini adalah aset yang mencatatkan keuntungan kepada Tabung Haji dan juga pendeposit-pendeposit.

Bekas Perdana Menteri DS Najib sekali lagi menyelar tindakan Kerajaan PH yang menipu rakyat kononnya aset-aset itu dijual kerana rugi dan tidak memberi pulangan.

Hotel milik TH yang sudah dijual




"Pakatan Harapan (PH) kata hotel-hotel Tabung Haji dijual kerana rugi dan tidak memberi pulangan. Tetapi semakan dari rekod SSM mendapati semua hotel-hotel itu merekodkan keuntungan pada masa BN."

"Cuma untuk tahun 2018 selepas PH ambil alih, syarikat utama TH Hotel & Residence Sdn Bhd mengalami kerugian RM5 juta akibat Hotel TH Kuching telah siap tetapi tidak dibenarkan untuk bermula operasi."

Rekod SSM mencatatkan keuntungan bagi Hotel-hotel milik TH


Rekod SSM mencatatkan keuntungan bagi Hotel-hotel milik TH


Rekod SSM mencatatkan keuntungan bagi Hotel-hotel milik TH


"Pada tahun 2017, syarikat TH Hotel mengumumkan keuntungan sebanyak RM103 juta - mungkin kerana bangunan-bangunan TH Hotel dinilai semula setelah 10 tahun."

"Itu satu kelebihan industri perhotelan kerana hartanah akan meningkat nilai setiap tahun. Hampir semua hotel-hotel TH dekat dengan airport. Tak naik nilai setiap tahun ke?" soal DS Najib.




DS Najib juga mendedahkan bahawa Tabung Haji hanya mempunyai 6 buah hotel iaitu:

1. TH Hotel & Convention Centre Alor Setar
status - Telah dijual dan hotel akan ditukar nama

2. TH Hotel Kota Kinabalu
status - Telah dijual dan hotel akan ditukar nama

3. TH Hotel Penang
status - Telah dijual dan hotel akan ditukar nama

4. TH Hotel & Convention Centre Terengganu
status - Telah dijual dan hotel akan ditukar nama

5. TH Hotel & Convention Centre Kuching
status - Sudah siap sejak tahun 2018 tetapi tidak dibenarkan untuk memulakan operasi tanpa apa-apa sebab. Kalau tak dibenarkan untuk buka, bagaimana akan ada pulangan?

6. TH Hotel Kelana Jaya
status - Posting Menteri di Jabatan Agama Menteri, Mujahid yang berkongsi tulisan blogger bahawa hotel ini juga telah diluluskan untuk dijual.

"Nampaknya selepas ini, jenama "TH Hotel" akan pupus dan menjadi nota sejarah. Nak tanya PH, mana kerugian teruk TH Hotel sehingga semua hotel-hotel mereka terpaksa dijual?" soal Najib lagi di Facebook.

Diharap semua umat Islam di Malaysia bangkit membantah penjualan ini dan doakan supaya Kerajaan membatalkan semula penjualan hotel islamik milik Tabung Haji.

-Tun Carlos