Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

SPR mahu pasang kamera ketika undi, Najib "advise" guna kamera HD beraudio



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan penggunaan kamera video di semua saluran mengundi pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Pengerusi Azhar Azizan Harun berkata langkah itu sebagai salah satu usaha penambahbaikan untuk pilihan raya yang cekap dan telus.

“Penggunaan kamera video ini adalah untuk rakaman keadaan dalam saluran dan memudahkan SPR untuk menyemak semula proses pengundian dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.




“Ia dipasang di semua 68 saluran dan akan dikendalikan oleh pegawai SPR,” katanya dalam kenyataan.

Azhar juga berkata rakaman akan digunakan sebagai pemantauan kualiti dan rujukan untuk tujuan latihan serta penambahbaikan proses pilihan raya akan datang.

Katanya, penggunaan kamera video itu tidak akan sama sekali menjejaskan kerahsiaan pengundian memandangkan kamera ini dipasang jauh dari petak undi dan kehadiran ejen calon di tempat mengundi adalah dikekalkan.




Sejurus selepas pengumuman Pengerusi SPR itu, bekas Perdana Menteri DS Najib Razak telah memberi nasihat kepada Suruhanjaya tersebut.

"Can I advise you something?

"Perlu make sure kamera itu Ultra HD dan ada audio.

"Jika tidak, ianya cuma pembaziran wang rakyat."ujarnya di Facebook.

Posting beliau mendapat lebih 10 ribu sukaan di Facebook.



-Tun Carlos