Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pita Rakaman Najib: Peguam Tun M kecewa tindakan Latheefa Koya yang menyalahi undang-undang


PEGUAM kepada Tun Mahathir iaitu Datuk Haniff Khatri hari ini telah membuat kenyataan amat berdukacita dengan tindakan SPRM dan juga Ketua SPRM Latheefa Koya mengenai pendedahan pita rakaman suara perbualan telefon antara bekas Perdana Menteri DS Najib Razak dan beberapa individu lain kepada umum.

Haniff amat kecewa kerana pihak SPRM di bawah teraju Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya telah mendedahkan kepada awam secara salah akan butiran perkara dan bahan siasatan baru (segar) secara menyalahi prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law).




Berikut adalah kenyataan beliau di Facebook:

SPRM SEBAGAI PIHAK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG JUGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PRINSIP KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW) !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) bukanlah satu "mantra" yang bercorak "retorika" semata-mata.




2. Sesebuah negara yang idamkan ketelusan, keadilan dan kesejahteraan sebenar, wajib berpegang teguh kepada prinsip ini dalam segenap bidang tadbir urus negara samada di tahap tertinggi mahupun di kalangan rakyat biasa, dan sekiranya tidak, masyarakat terbabit boleh sahaja ucapkan "selamat tinggal" kepada impian dan hasrat untuk menjadi sebuah negara yang sebenar-benarnya bertaraf maju.

3. Harapan setiap rakyat yang jujur di era "MALAYSIA BAHARU" selepas pada tarikh keramat 09.05.2018, sememangnya adalah untuk melihat negara kita dipimpin ke landasan ketelusan, keadilan dan kesejahteraan melalui amalan tegas prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) ini.




4. Hatta, rakyat meletakkan sepenuh harapan ke bahu pihak berkuasa, terutamanya pihak penguatkuasa undang-undang seperti SPRM, untuk menunjukkan amalan betul prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) ini agar segenap lapisan masyarakat lain seperti para pemimpin politik, pihak korporat, pengamal profesional dan rakyat biasa dapat mengambil contoh amalan betul prinsip itu.

5. Namun, malangnya pada hari Rabu, 08.01.2020, melalui satu Sidang Akhbar yang disiarkan melalui Video berdurasi 1 jam 13 minit dan 16 saat, dengan penuh dukacita saya nyatakan di sini, bahawa pihak SPRM di bawah teraju Ketua Pesuruhjaya LATHEEFA KOYA telah mendedahkan kepada awam secara salah akan butiran perkara dan bahan siasatan baru (segar) secara menyalahi prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law).

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/…/sprm-dedah-9-set-rakaman-dakwa…)




6. Sebaiknya, jika seperti apa yang dikatakan oleh LATHEEFA KOYA (yang sebelum pada ini banyak juga melakukan perkara yang positif dan baik sejak menerajui SPRM) bahawa sejumlah 9 "rakaman audio panggilan telefon" telah cuma diterima SPRM daripada pihak awam selepas tahun baru 2020, maka apa yang sepatutnya dilakukan di sisi prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) adalah untuk mengarahkan pegawai SPRM berkenaan dengan serta-merta membuat Laporan Polis dan menyerahkan kesemua bahan yang mengandungi sejumlah 9 "rakaman audio panggilan telefon" untuk siasatan lanjut pihak POLIS sahaja, memandangkan pada dasarnya, jika pun ada, kandungannya mendedahkan kemungkinan kewujudan bentuk jenayah lain, yang adalah di bawah kategori kesalahan KANUN KESEKSAAN dan bukannya AKTA SPRM.

7. Sememangnya bahan bukti yang masih perlu disiasat lanjut oleh pihak POLIS tidak boleh didedahkan untuk santapan awam sama sekali, apatah lagi diperdengarkan kepada orang awam kandungan perbualan berkaitan, kerana ianya boleh menjejaskan siasatan dan juga memberikan gambaran dan impak negatif kepada fahaman masyarakat biasa, sedangkan siasatan belum pun bermula apatah lagi, sememangnya belum lagi selesai.




8. Di tahap ini saya tidak berhasrat untuk mengulas lanjut akan pelbagai persoalan susulan yang muncul akibat kemungkiran prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) dek peristiwa 08.01.2020 itu, antara lain seperti :

(a) Adakah tindakan Ketua Pesuruhjaya LATHEEFA KOYA dan SPRM itu mendahului MAHKAMAH yang sedang dan akan bicarakan pelbagai pertuduhan jenayah terhadap NAJIB RAZAK mahupun pihak-pihak lain ?!,

(b) Adakah pendedahan berkenaan menjadi satu tindakan yang boleh dianggap sebagai "penghinaan" terhadap MAHKAMAH ?!,




(c) Adakah dari segi undang-undang, kandungan 9 "rakaman audio panggilan telefon" yang didedahkan itu memihak kepada pihak PENDAKWARAYA ataupun memihak kepada pihak NAJIB RAZAK (ataupun pihak-pihak lain terbabit) ?!

9. Sejujurnya di tahap ini, sekiranya saya memberi apa-apa jawaban kepada persoalan-persoalan di Perenggan 8 di atas, pada masa ini, ianya mungkin juga akan

sumber: Facebook Haniff Khatri