Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib minta SPRM serahkan pita rakaman kerana dapat bantu kes beliau dan Riza Aziz


Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak mendakwa, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, melakukan fitnah ke atas beliau apabila mengaitkan perbualan tersebut sebagai konspirasi jenayah peringkat tinggi.

Menurut bekas perdana menteri itu, apa yang berlaku sangat pelik kerana SPRM tahu wujudnya perjanjian pelaburan asal - pada 2012 - semasa syarikat Aabar BVI melabur dalam filem terbitan Riza yang juga anak tirinya itu.




"Aabar ialah anak syarikat IPIC yang juga dimilik penuh oleh kerajaan Abu Dhabi.

"Ini antara bukti kes mahkamah semasa mereka mendakwa Riza Aziz.

"Perjanjian asal sudahpun diberi kepada para peguam serta pihak bank pada tahun 2012 juga semasa dana mula diterima," katanya.

Menurut Najib, apa yang berlaku ialah, selepas Riza membayar balik sebahagian daripada pelaburan tersebut, syarikat Aabar ditutup pada penghujung 2014.




"Sebab itu, Riza dan saya meminta perjanjian baru daripada kerajaan Abu Dhabi supaya Riza boleh teruskan pembayaran balik pelaburan itu mengikut jadual yang ditetapkan.

"Matlamat utama ialah untuk menyelesaikan pembayaran balik pelaburan tersebut kerana Riza tidak mahu terlibat dengan dana yang ada masalah," katanya.

Najib berkata perjanjian baru yang diminta itu bukan cover up (usaha menyembunyikan masalah) kerana ianya tidak masuk akal bahawa Jabatan Keadilan AS (DOJ) mempercayai perjanjian yang ditandatangani pada 2016 dan selepas itu diundur tarikh (backdate) ke 2012 pada masa dana mula diterima oleh Riza.




Hal itu kerana, katanya, pada waktu itu sudah ada perjanjian pelaburan asal.

"Oleh kerana rakaman ini membantu kes saya, peguam saya bercadang untuk meminta SPRM menyerahkan rakaman yang didedahkan hari ini untuk digunakan sebagai bukti pembelaaan dalam kes-kes saya dan Riza.

"Namun, rakaman itu perlu disahkan sebagai sahih serta disahkan mematuhi undang-undang termasuk adakah wujudnya niat jahat atau mala fide ketika rakaman dibuat sebelum digunakan sebagai bukti mahkamah terlebih dahulu," katanya. -MalaysiaKini