Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes Yusoff vs Anwar: Haniff Khatri akan beri kenyataan lengkap selewatnya Khamis



Haniff Khatri, Peguam kepada Yusoff Rawther yang mendakwa Anwar cuba untuk meliwatnya telah maklum mengenai keputusan Peguamcara Negara yang membatalkan aduan anak guamnya atas alasan tiada bukti yang kukuh.

"Saya masih berada dalam persidangan bicara di dewan mahkamah, apabila saya menerima makluman berhubung kenyataan rasmi Peguamcara Negara Engku Nor Faezah Engku Atek petang tadi.




Beliau yang juga Peguam kepada Tun Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau telah menerima pelbagai pesanan di telefon bimbit daripada rakan-rakan pemberita bertanyakan komennya berhubung keputusan Peguamcara Negara itu.

"Untuk makluman semua, saya akan berbincang dengan anak guam Yusoff Rawther selewat-lewatnya esok malam, disebabkan kesuntukan masa pada hari ini, dan akan keluarkan satu kenyataan lengkap berkaitan perkara ini, selewat-lewatnya pada hari berikutannya, iaitu Khamis, 16.01.2020." ujar Haniff di Facebooknya.

BACA: Kes Anwar didakwa cabul Yusoff Rawther ditutup
BACA: Anwar tak maafkan Yusoff, tindakan undang2 tetap diambil

-Tun Carlos