Hari ini Bekas Perdana Menteri DS Najib telah memuatnaik gambar superimposed yang digunakan oleh media propaganda Pakatan Harapan ketika 13 tahun lalu untuk menfitnah beliau pernah makan dan bergambar dengan Altantuya.
Gambar tersebut jelas gambar yang diedit. Budak 5 tahun pun tahu itu adalah sebuah gambar edit.
Tapi sejak Jumaat sesudah Najib selesai membuat sumpah laknat di Masjid Jamek Kg Baru, gambar superimposed ini tersebar semula.
Paling lucu sekali masih ada yang mempercayainya dan menganggap memang betul Najib pernah berjumpa Altantuya.
![]() |
Gambar superimposed yang telah tersebar sejak Jumaat |
Berikut adalah posting DS Najib di Facebook beliau menyindir cybertrooper Kerajaan:
"Penulis media sosial" gaji RM2.5k atau RM5k sebulan teruskan usaha untuk menyebar propaganda Altantuya.
Gambar-gambar jelas "fake" dan diedit, kenapa masih ada penyokong PH yang percaya?
Walaupun beratus-ratus hari kes itu diadili di mahkamah dan di tiga peringkat mahkamah yang berbeza, masih ramai lagi yang ingin mempercayai apa yang mereka mahu percaya walaupun terpampang bukti di hadapan mereka.
Walau bagaimanapun, orang perlu bertanya kepada diri sendiri jika saya benar-benar kejam dan berkuasa sebagai timbalan perdana menteri kemudian memerintahkan pembunuhan seorang gadis yang berada di sini untuk memeras wang AS$500,000 daripada Razak Baginda, maka mengapa semua saingan politik saya selamat dan tenteram ketika saya mempunyai lebih banyak kuasa sebagai PM selama sembilan tahun yang lalu?
Memandangkan PH mendakwa bahawa saya kononnya berkuasa dan mengawal peguam negara dan juga mahkamah, maka rakyat perlu bertanya kepada diri mereka sendiri, jika saya benar-benar terlibat dalam konspirasi ini dan mengarahkan pembunuhannya, mengapa kerajaan telah mengenakan pertuduhan terhadap dua anggota polis di mahkamah tinggi dan kemudian membuat rayuan semula di Mahkamah Persekutuan selepas kedua anggota polis itu dibebaskan.
Ketika itu, kerajaan boleh saja menggugurkan pertuduhan atau menarik balik rayuan - seperti cara kerajaan PH menggugurkan tuduhan rasuah terhadap perbicaraan Guan Eng atau menarik balik rayuan dalam perbicaraan kes Rafizi.
Mereka juga perlu bertanya kepada diri mereka sendiri adakah munasabah anggota polis cuma dibayar 'duit raya RM300' untuk membunuh dan meletupkan seseorang?
Lebih baik pohon BR1M yang lebih banyak dari itu.
Dan saya pasti ada orang-orang yang masih percaya bahawa seorang yang didakwa perisik Rusia akan pergi ke balai polis untuk membuat laporan yang menyatakan bahawa hidupnya mungkin dalam bahaya.
Bagaimanapun, semua ini ada dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) tersebut.
Rakyat juga perlu tahu bahawa SD ini dibuat 19 bulan selepas PH mengambil alih kerajaan dan telah diserah sebagai sebahagian daripada percubaan anggota polis tersebut untuk memohon mahkamah menyemak semula keputusan hukuman matinya, yang saya percaya telah dijadualkan dan akan dijalankan tidak lama lagi.
SD itu tidak dibuat untuk mengakui jenayahnya.
-Tun Carlos