Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan

 


KUALA LUMPUR, 16 November 2026 – Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, serta mengucapkan penghargaan atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan berkenaan.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang memaklumkan bahawa Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO telah menerima salinan surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan bertarikh 16 November 2026.


Menurut kenyataan itu, BN menghormati keputusan berkenaan dan berharap perkembangan tersebut dapat membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik serta memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar.

BN turut menegaskan kesediaannya memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan secara teratur, dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi BN akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar baharu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Kenyataan itu ditandatangani Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku Setiausaha Agung BN pada 16 November 2026.