Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Media mula memenuhi kediaman Najib di Langgak Duta


KUALA LUMPUR – Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta mula menjadi tumpuan pengamal media susulan perkembangan terbaharu Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan di Istana Negara pagi ini.

Lebih 10 pengamal media tempatan dan antarabangsa dilaporkan mula berkumpul di sekitar kediaman berkenaan sejak kira-kira jam 10 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini.


Perhatian media itu hadir selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara pagi tadi selesai, dengan beberapa anggota lembaga dilihat meninggalkan Istana Negara sekitar jam 9.40 pagi.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi berhubung keputusan mesyuarat berkenaan, yang menjadi perhatian susulan permohonan pengampunan terbaharu Najib.

Tinjauan di kediaman beliau bagaimanapun setakat ini mendapati belum kelihatan sebarang pergerakan keluar masuk yang luar biasa.

Perkembangan di Langgak Duta kini terus menjadi perhatian susulan spekulasi mengenai kemungkinan perkembangan baharu berkaitan status tahanan Najib.