Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hannah Yeoh dan suami sah bercerai

 

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh disahkan telah bercerai dengan suaminya, M Ramachandran selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar kepada Hannah, Ahmad Fazli Mohd Yadi menerusi kenyataan ringkas.


"Untuk makluman, iya sah cerai seperti dalam laporan," katanya pada Rabu.

Bagaimana pun Ahmad Fazli meminta ruang diberikan kepada Hannah susulan perkembangan berkenaan dan menegaskan tiada penjelasan lanjut akan diberikan buat masa ini.

Hannah, 47, dan Ramachandran, 46, mendirikan rumahtangga pada 2008 sebelum dikurniakan dua cahaya mata, Shay pada 2011 dan Kayleigh pada 2013.

Hannah sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dari 2022 hingga 2025, selain pernah menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari pertengahan 2018 hingga awal 2020.

Beliau kini menjalani penggal kedua sebagai Ahli Parlimen Segambut selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 2018.

Sebelum itu, Hannah merupakan ADUN Subang Jaya selama dua penggal dari 2008 hingga 2018 dan pernah mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2013.