Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

BN PN berjaya bentuk kerajaan Negeri Sembilan yang baharu

 

SEREMBAN, 1 Ogos – Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka membentuk kerajaan baharu Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti mudah berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Setakat keputusan yang diperoleh, gabungan BN dan PN berjaya melepasi ambang majoriti 19 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membuka laluan untuk mengambil alih pentadbiran negeri.


Keputusan itu menyaksikan perubahan landskap politik Negeri Sembilan apabila Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan kedudukan sebagai kerajaan negeri.

Terkini BN dan PN telah berjaya menang sebanyak 25 kerusi PH hanya 11 kerusi.

Sepanjang kempen PRN, kerjasama BN dan PN dilihat memberi kelebihan terutama di kawasan majoriti Melayu, selain berjaya mengelakkan pertembungan sesama sendiri yang sebelum ini sering memecahkan undi.

Bagaimanapun, keputusan rasmi hanya akan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses pengiraan undi selesai di semua pusat penjumlahan rasmi.

Perkembangan ini sekali gus menandakan berakhirnya pentadbiran PH di Negeri Sembilan sekiranya keputusan tidak rasmi tersebut disahkan secara rasmi oleh SPR.