Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tok Imam didenda RM8000, rakam adik ipar mandi ketika balik beraya di Ketereh

gambar hiasan boh..

KOTA BHARU: Seorang imam sambilan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah merakam adik iparnya yang sedang mandi menggunakan telefon bimbit pada Hari Raya keempat Aidilfitri lalu. 

Tertuduh berusia 36 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid. 


Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa merakam mangsa berusia 27 tahun ketika wanita itu sedang mandi dengan niat mengaibkan kehormatan serta mengganggu kesantunan mangsa. 

Perbuatan itu didakwa berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu di sebuah rumah di Kok Lanas, Ketereh, ketika keluarga berkumpul sempena Aidilfitri. 

Kes berkenaan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nadzir Abdullah yang memohon hukuman setimpal memandangkan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa serta memegang peranan sebagai imam sambilan di sebuah surau di Shah Alam. 

Peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagaimanapun merayu hukuman minimum dengan alasan tertuduh menanggung isteri dan dua anak, termasuk seorang anak yang menghidap penyakit jantung berlubang, selain menjaga ibunya yang menghidap diabetes. 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM8,000 atau penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar.

Difahamkan tertuduh telah membayar denda tersebut. 

Berdasarkan fakta kes, mangsa menyedari terdapat telefon bimbit yang merakam dirinya ketika mandi sebelum mendapati peranti itu milik abang iparnya. 

Mangsa kemudian mengambil telefon berkenaan bagi mengelakkan rakaman tersebar sebelum membuat laporan polis. 

-TunCarlos