Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Empat anak Daim hadir ke SPRM esok



KUALA LUMPUR: Empat anak kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin dijadualkan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi esok bagi memberi keterangan.

Perkara itu disahkan pihak peguam mereka yang memberi jaminan bahawa kesemua individu terbabit akan tampil seperti diarahkan.


Sebelum ini, SPRM telah mengeluarkan notis bagi mengesan mereka selepas usaha menghubungi gagal mendapat maklum balas. 

Difahamkan, ada antara mereka berada di luar negara, sekali gus menyukarkan proses komunikasi. 

Empat individu terbabit ialah Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin, yang kini menjadi perhatian dalam siasatan sedang dijalankan.

SPRM turut memberi amaran bahawa tindakan lanjut boleh diambil sekiranya mana-mana pihak gagal hadir seperti yang dijanjikan.