KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan hasrat agar UMNO tarik diri dari Kerajaan Perpaduan.
Beliau menyuarakan pandangan itu ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
Beliau juga mahu UMNO bersatu dengan PAS demi perpaduan Melayu.
Ujarnya, penyatuan itu penting bagi memastikan kekuatan politik Melayu terus terpelihara dalam landskap politik negara yang semakin mencabar.
Menurut Akmal, antara sebab keputusan tersebut dibuat adalah disebabkan kelakuan DAP yang dilihat semakin hari semakin melanggar garis merah orang Melayu dan Islam.
Isu ketidakadilan kes DS Najib juga menjadi punca utama keputusan ini.
Ditambah lagi bila ada di kalangan PH yang tidak sensitif dengan sokongan UMNO terhadap DS Najib.
PH DAP juga dilihat amat tidak menghormati DS Najib sehingga ada yang secara terang menyambut gembira berita keputusan kes mahkamah Najib.
UMNO anggap ia satu pengkhianatan, padahal bukan senang untuk orang UMNO menerima DS Anwar Ibrahim yang dahulunya dianggap pemimpin yang tiada moral.
UMNO tidak akan tebuk atap.
Menurut Akmal lagi, UMNO berjanji tidak akan cuba gulingkan atau jatuhkan kerajaan Madani. PMX dan PH boleh memerintah negara seperti biasa sehingga habis penggal tanpa pemimpin BN dalam Kabinet.
Keputusan Aknal mendapat sokongan penuh akar umbi yang hadir memenuhi dewan

